” Bukan main ekk happy dia, siap lompat-lompat lagi. Lawak Fattah.. ” – Netizen

Video gelagat Fattah Amin kali pertama bermain golf bersama sahabat karibnya buat ramai terhibur. Amboi, happy betul Fattah. Siap melompat-lompat, berjoget dan bersilat. Masuk air juga rupanya Fattah ni, haha..

 

Di sana sini, nama Fattah Amin menjadi sebutan ramai. Setiap perkembangan Fattah sentiaasa mendapat perhatian daripada warganet. Fattah sekarang bukan lah Fattah yang dahulu. Dalam sifat Fattah yang pemalu, terselit perangai Fattah yang happy go lucky.

 

Menerusi perkongsian di Instagram Thefa_team, telah dikongsikan satu video yang memaparkan aksi Fattah Amin kali pertama bermain golf. Fattah akhirnya berkesempatan meluangkan masa bersama sahabat karibnya. Bagi yang mengikuti Fattah sejak Fattah bergelar artis, pastinya familiar dengan wajah sahabat baiknya yang dikenali dengan nama Han.

 

Walaupun ini kali pertama Fattah bermain, tetapi Fattah cepat belajar dan bermain dengan baik. Dek kerana terlalu seronok pukulan bolanya dapat masuk ke lubang, spontan Fattah melompat-lompat. Gelagat Fattah itu menghiburkan hati warganet yang menonton video ini.

 

 

Tidak hanya melompat di tengah padang golf, Fattah juga turut bersilat dan ianya membuatkan semua yang berada di situ ketawa. Semakin hari semakin kelakar Fattah ini, tidak seperti sebelum ini dikenali sebagai seorang yang pendiam. Ramai di kalangan warganet yang menyukai diri Fattah sekarang.

 

Jom tonton video di bawah :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by FattahAminTeam (@thefa_team)


Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 1000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :

 

” Main golf pun helokkkk fattahaminz.. Fattah pun sekarang terpaling bahagia. Bahagia itu tidak perlu diucap. orang lain tengok pun tahu dia bahagia.. “

 

” Healing btl dia skrg.. Suka la tengok bam Tah dengan bffnya dari zaman dulu.. circle dia skrg positive dn tidak toksic.. “

 

” Alhamdulillah.. golfing is another healing therapy and good for exercise. Santai2 sambil2 tu bole discuss pasal strategic planning for his future business. Surrounding with good people in sha allah the good thing will come.. “

 

” Baru lah nampak bang Tah jumpa Hanz happy lagi.. Lama x tengok dorang ni jimba sama2 last dulu tengok masa dia bujang.. Ini lah nikmat di sebalik ujian. Happy for you bang Tah. You deserve to happy ever n ever.. “

 

” Happy tengok Fattah Amin dengan kawan-kawan… alhamdulillah, bff zaman dulu dah muncul.. Bagus betul la circle dia. tapi newbie pun power dah tu. tak miss hit bola.. “

 

” Bukan main ekk happy dia… siap lompat-lompat lagi…. lawak fattah macam kanak-kanak Ribena…. boleh join dgn Fatima ni.. “

 

” Inilah fattah amin yg AWAM yg expensive more than exclusive go fattah go move forward.. Baik kawan kawan dia. Alhamdullilah orang baik semua sayang. Good cicle of friends.. “

 

Gembira betul Fattah apabila dapat bermain golf dengan sahabat baiknya itu. Apabila dengan kawan-kawan yang sekepala, keluar semua perangai masuk air Fattah. Tumpang gembira warganet melihat Fattah dan semoga Fattah terus ceria seperti ini.

 

Sumber : IG Thefa_team

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.