“Mummy! Sakit sangat!” Ibu dedah ayat terakhr mngsa buat ramai sebak

Pemandu wanita dihempap kontena pada kejadian di lampu isyarat Jalan Kebun Sireh-Jalan Bukit Tengah Rabu lalu sempat menelefon ibunya kira-kira empat minit sebelum meninggal dunia.

Memetik laporan dari The Star memetik temu bual yang dibuat oleh China Press terhadap ibu kepada mangsa, Lee Zi Rou, 21  dikenali sebagai Lim, 42, anaknya meraung mengatakan kesakitan yang dialami di dalam telefon sebelum situasi menjadi senyap.

 

 

Mummy! Sakit sangat!” kata Lim.

Pemandu wanita dihempap kontena mengerang kesakitan telefon ibu

Selepas pendengar sura anaknya mengerang kesakitan dia bertanya keberadaan mangsa di mana namun tiada sebarang jawapan.

Lim merasakan ketika itu anaknya sudah meninggal dunia.

 

 

“Saya dapat rasakan dia telah meninggal dunia,” katanya lagi.

Ibu pemandu wanita dihempap kontena terkejut anak telefon, biasa mesej sahaja

Lim yang berkongsi berkenaan situasi dialami ketika itu menyatakan yang dia kerap berpesan kepada anak-anak untuk menghantar sahaja mesej jika ingin memberitahu perkara tidak penting.

 

 

“Jadi, apabila mereka menelefon, sudah pasti perkara tersebut adalah kecemasan ataupun mustahak.
“Jika mereka telefon, bermakna ada kecemasan. Jadi apabila Zi Rou telefon, saya berasa takut,” katanya sebak.

Merayu selamatkan anak, tapi tahu agak mustahil

Susulan daripada itu, Lim telah meminta anak perempuannya yang lain untuk membawa ke tempat laluan Lee Zi Rou tiap kali pergi ke tempat kerja sambil mencuba beberapa kali menghubunginya namun gagal diangkat.

Tidak lama selepas itu, panggilan telefon yang dibuat telah dijawab oleh seorang lelaki dan memaklumkan yang anaknya terlibat dalam kemalangan.

 

 

Dia yang sampai ke tempat kejadian sempat merayu untuk membantu menyelamatkan Lee Zi Rou namun perkara tersebut mustahil kerana keadaan kontena yang cukup berat.

“Tetapi ia agak mustahil. Kontena itu terlalu berat.
“Anak saya menelefon pada pukul 9.24 pagi dan dia meninggal dunia pada pukul 9.30 pagi,” katanya.

Difahamkan, pada hari kejadian iaitu sekitar jam pukul 9.15 pagi Rabu, Zi Rou yang bersendirian memandu kereta ke tempat kerjanya terkorban selepas kontena yang dibawa sebuah lori treler terjatuh dan menghempap ​​kenderaannya.

Mangsa ketika itu sedang menunggu di lampu isyarat Jalan Kebun Sireh-Jalan Bukit Tengah apabila lori treler yang datang dari arah bertentangan membelok tajam ke kiri.

 

 

Kereta yang dipandu mangsa telah remuk teruk akibat dihempap kontena dan dia disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Beberapa kenderaan lain turut mengalami kerosakan, dengan seorang lagi pemandu cedera dan dibawa ke hospital.

Mangsa yang cedera dikenali sebagai Tan Chou Theng, 25, diselamatkan oleh orang awam sebelum penyelamat tiba di tempat kejadian.

 

 

Sumber: The Star (Arnold Loh)

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.