Gambar Terbaru Angeline Tan Bersama Ibunya Raih Perhatian Ramai. Alahai Nampak Sihat Dan Muda Lagi Ibu Angeline, Masih Cantik Dan Manis Orangnya !!
Umum mengetahui pelakon veteran, Sabri Yunus yang terkenal dengan sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu telah mendirikan ruma tangga bersama sahabat baiknya yang juga merupakan seorang pelakon iaitu Angeline Tan. Pasangan ini sah bergelar suami isteri pada bulan Oktober tahun lalu.
Kisah perkahwinan Sabri dan Angeline mendapat liputan media dan ramai peminat begitu teruja apabila mereka sudah bergelar pasangan suami isteri. Angeline juga suka berkongsi moment-moment indah kehidupannya selepas berkahwin dengan Sabri di akaun Instagram miliknya.
Terbaru, Angeline memuataik beberapa gambar bersama ibunya di Instagram. Difahamkan gambar tersebut diambil ketika Angeline dan ibunya berada di Thean Hou Temple, Kuala Lumpur. Perkongsian gambar-gambar itu telah menarik perhatian warganet.
Ramai yang mengatakan ibu Angeline kelihatan masih sihat dan kuat. Ramai peminat turut memuji kejelitaan Angeline diwarisi daripada ibunya. Sehingga kini, perkongsian terbaru Angeline ini menerima ratusan komen serta ribuan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Ikuti perkongsian gambar-gambar di bawah ini :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya)
Di ruangan komen, selain menyukai perkongsian gambar-gambar ini, ramai yang memuji penampilan Angeline yang semakin cantik selepas berkahwin. Antara komen-komen warganet adalah :
” Your mom nampak muda dan sihat, cantik wajahnya.. Alhamdulillah. The best moment is to be beside a person called mom. Sihat2 selalu ama.. “
” Wahhh mama sis cantik laa patut anaknya cantik ikut rupa mamanya.. Hi aunty.. Angeline sekarang semakin cantik lah selepas kahwin.. “
” Subhanallah.. Memang sangat berseri wajah adik bila dah berhijab.. Agaknya kalau Allah dah beri hidayah buat mamanya.. Mesti manis wajahnya kn.. “
“Cantik pkai tudung cmtu nmpak awet muda.. Nampak mama Angeline masih sihat dan kuat, semoga Angeline terus bahagia bersma keluarga.. “
” Patut la anak dia lawa.. Mak dia cantik.. Semoga di beri kesihatan yg baik2 utk aunty.. Angeline berseri-seri wajah, seri pengantin beberapa bulan lalu tak habis lagi, haha.. “
” So gorgeous aunty.. Saya Doakan aunty juga diberikan hidayah Islam seperti anaknda yg cantik rupawan. Aamin ya Mujibassailin.. “
” Sweetnya pkai tudung cam tu, smuga sentiasa istiqomah sbagai muslimah ya Angeline.. Mama Angeline masa muda mesti cantik kan.. Sekarang pun nmpak cantik.. “
Rasanya ini adalah kali pertama Angeline berkongsi gambar ibunya di akaun Instagram dan pastinya menjadi perhatian umum. Betul kata warganet, Angeline semakin cantik dan manis apabila mengenakan tudung selendang seperti itu, malah Anggeline nampak lebih muda daripada usia sebenarnya.
Silakan SHARE..
Sumber : IG angelinetanyy
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.