” menuntut hak penjagaan penuh kedua-dua anaknya.. ” Hafiz tk sempat beraya dgn anak2nya lagi

Peguam syarie mewakili pelakon Hafidz Roshdi, Ummi Kartini Abd Latiff mengesahkan pelakon itu membuat permohonan hadanah iaitu hak penjagaan penuh dan interim di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam untuk menuntut hak penjagaan penuh dua anaknya.

Memetik laporan Sinar Harian, permohonan hadanah penuh dibuat Hafidz pada 18 April lalu manakala hak interim di buat pada Jumaat lalu. Hafidz memberi alasan sulit untuk berjumpa atau berkomunikasi dengan anak-anaknya.

Hafidz Roshdi tuntut hak jagaan dua anak

hafidz roshdi

Hafidz memohon agar diberikan hak lawatan yang tetap memandangkan setakat ini berlaku kesulitan untuk Hafidz berjumpa atau berkomunikasi dengan anak-anak.

Selebriti itu bagaimanapun terbuka untuk berbincang dengan defendan (Nurul Shuhada) mengenai syarat lawatan komprehensif.
anak hafidz roshdi
Terdahulu, pasangan Hafidz Roshdi dan Nurul Shuhada bercerai talak satu selepas mendapat persetujuan kedua-dua belah keluarga. Konflik mula timbul apabila Hafidz dikatakan berlaku curang.

Kredit: Sinar Harian

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*