Daripada jalan kaki, ada insan baik hati belanja tiket ke sana.. Bukti niat baik, urusan dipermudahkan..

Ingat lagi tak kisah seorang lelaki tempatan yang nekad berjalan kaki secara solo dari Bidor, Perak untuk ke Mekah? Segala usahanya itu telah membuahkan hasil apabila baru-baru ini dia telah sampai ke Tanah Suci.

Konsisten merakam perjalanannya di TikTok, lelaki yang dikenali di sebagai Herry Nizam telah mengejutkan ramai apabila dia telah sampai ke bumi Mekah tidak sampai sebulan selepas menerima bantuan seseorang.

Diberi bantuan tiket penerbangan percuma ke Mekah

Herry berkongsi cerita kepada pengikutnya, mendedahkan bahawa dia telah menerima sumbangan tiket penerbangan secara percuma dari Bangkok Ke Mekah oleh seorang individu yang berniat mahu memudahkan perjalanannya ke sana.

Pada awalnya, Herry menolak tawaran tersebut tetapi dinasihati rakan untuk menerimanya kerana tidak mahu menghampakan perasaan individu yang membantunya.

Walaupun ada yang mengecam tindakan Herry, ia tidak mematahkan semangatnya dan kini berkongsi bahawa dia telah pun melaksanakan ibadah umrah.

Menerusi perkongsian videonya, dapat dilihat Herry bertahallul dengan menggunting rambutnya selepas selesai melaksanakan rukun umrah di Masjidil Haram.

@herrynizam4 @JalilRazak ♬ original sound – Herrynizamshop

Dia turut meluahkan rasa terharu kerana tidak menyangka impiannya untuk ke Mekah telah pun termakbul.

“Sepanjang perjalanan saya menitis air mata. Terima kasih sahabat saya kerana mendoakan saya sampai ke tahap ini. Jadi, apa-apa kita nak buat kita kena yakin Allah itu Maha Mengetahui segala-galanya,” kata Herry.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sebak mendengar kata-kata Herry dan memuji keazamannya. Pada masa yang sama, turut mendoakan agar urusannya dipermudahkan.


Benarlah, jika Allah berkehendak menetapkan sesuatu, maka Allah hanya cukup berkata, “Jadilah, lalu jadilah ia”.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*