” Handsome terok Bilal ni. Suka betul dia dengar alunan Al-Quran.. ” -Netizen
Muhammad Bilal merupakan anak sulung kepada pasangan sama cantik sama padan, Neelofa dan Haris Ismail. Bilal kini sudah pun berusia 2 tahun dan membesar dengan penuh kasih sayang. Pada usianya ini, Bilal sudah mula menunjukkan kepandaiannya dalam menghafal ayat-ayat surah Al-Quran dan doa-doa ringkas.
Meninjau akaun Tiktok Nur NLFH dan Timon12, telah dikongsikan video terbaru Bilal yang memaparkan gelagat Bilal ketika berada di majlis meraikan hari lahir Athisha Khan. Bilal seperti biasa, pandai membawa diri dan behave sahaja perangainya.
Santai duduk di atas sofa menonton televisyen sambil tersenyum-senyum, kecomelan wajah Bilal ini membuatkan ramai yang geram. Ketika mendengar bacaan ayat Al-Quran daripada sekumpulan anak-anak tahfiz, Bilal juga ingin ikut serta dan berjalan di kelompok anak-anak tahfiz itu.
Ketika semua ahli keluarga sedang asyik berbual, Bilal membuat halnya sendiri tanpa mengacau orang lain. Bagus sungguh lah abang Bilal ini, pandai menyesuaikan diri apabila berada dalam perhimpunan keluarga. Muka Bilal pun semakin membesar seperti wajah abahnya, handsome.
Jom tonton video di bawah :
( Sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar )
@cahayabungabiru16 Hensem boy Abang Bilal 🥰👦🏻❤️ 🎥 Bilal’s aunty #neelofa #bilalneelofa #bilalanakneelofa #fyp #fypage #fypageシ ♬ يا البي ياالبي – Kalam Salaf
@cahayabungabiru16 Abang Bilal 👦🏻💙 #neelofa #bilalneelofa #bilalanakneelofa #fyp #fypage #fypageシ ♬ Ya Rabbi Ya Nabi Nidik – Hidayat
Ratusan tanda suka telah pun direkodkan untuk perkongsian-perkongsian ini. Antara komen-komen yang dapat kami kongsikan bersama pembaca :
” Uish nampak muka pak ustaz pulak Bilal ni.. handsome ter0k Bilal ni bila dah besar. dah besar ikut muka abahnya.. ”
” Mix lah ummi dan abah dia tu.. mata, hidung, rambut, ikut Ummi, mulut, dagu, badan ikut Abah.. handsome sangat ni.. ”
” Muka bilal kejap cam umi dia.. kejap cam abah dia.. mix complete tul.. memang handsome Bilal ni. kecil pun dah nampak handsome nya tu.. ”
” Dia senyum. terus nampak muka abah dia hehe.. handsome boy sangat.. gebu betul dia.. dah boleh bayang Bilal besar nanti camne.. ”
” Alah bagusnya dia, dengar orang mengaji laju je eh mundar mandiri dekat abang-abang. Suka betul dia dengar alunan alquran.. ”
Seronok melihat telatah Bilal. Dengan jalan perut ke depannya tu, Bilal kelihatan cute sangat. Bukan selalu dapat melihat wajah kesayangan ummi dan abah ini. Saat Bilal tersenyum, pasti boleh mencairkan hati sesiapa yang melihatnya. Segak sungguh lah hero sulung Neelofa ini.
Apa-apa pun, kami mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat ulangtahun kelahiran Athisha Khan dan semoga berbahagia selalu bersama keluarga tersayang. Buat Bilal, moga terus menjadi anak yang soleh dan baik budi pekertinya sampai bila-bila.
Sumber : Tiktok Nur NLFH, Tiktok Timon12
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.