“Sy tk suka, mgkin sy akan..”- Blum ckup sbulan disahkn khwin dgn Aslam, Marissa akhrnya buat kputusn ini.

Nama anak perempuan kepada pelakon Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Dania masih lagi hangat diperkatakan di laman sosial sejak kontroversi dia didakwa berkahwin dengan suami orang.

Terbaharu, tular video Marissa sedang disiapkan mengakui dirinya seorang introvert iaitu individu bersifat suka memendam rasa dan menumpukan perhatian terhadap diri sendiri selain tidak suka bergaul dalam masyarakat atau dunia luar.

Pada perkongsian itu juga, Marissa turut mendedahkan dia meminati dunia perniagaan dan mungkin akan mempunyai bisnes sendiri sekiranya tidak menjadi seorang pempengaruh.

“Marissa minat bisnes, kalau saya tak jadi influencer mungkin saya akan menjalankan perniagaan,” katanya secara ringkas.

@beautifulnara Introvert ke extrovert? #TasteOfCNY2024 #sembangentertainment #tiktokviral #trendingvideos #malaysia #trendingnewsmalaysia #trending #marissadaniahakim #introvert #extrovert ♬ original sound – Beautifulnara.com

Video tersebut mendapat perhatian netizen yang rata-rayanya lebih memuji kecantikan gadis berusia 19 tahun itu berbanding bercakap mengenai kontroversi yang melandanya.

Terdahulu, kakak kepada Misya iaitu Nadiah mengesahkan Aslam sudah berkahwin dengan pempengaruh media sosial, Marissa Dania Hakim di Songkhla, Thailand, pada 27 Disember lalu.

Pasangan itu dikatakan mendirikan rumah tangga tanpa pengetahuan isteri pertama, Misya dan keluarga Marissa.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*