Haruman Tak Terjangka Dari Jenazah Nurly Shahirah, Saksi Luah Rasa Sebak

- IKLAN -

Pemergian seorang pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nurly Shahirah dalam nahas pada 9 Jun lalu mengundang rasa pilu dan antara topik yang diviralkan di media sosial.

Dalam salah satu hantaran di TikTok milik salah seorang saksi ketika majlis pengebumian Allahyarhamah baru-baru ini, individu berkenaan menceritakan tentang bau wangi mengiringi jenazah yang merupakan seorang hafizah Al-Quran.

Al-Fatihah buat Nurly Shahirah binti Azman

“Saya merupakan salah seorang saksi kepada keharuman luar biasa jenazah arwah Nurly Shahirah.

“Saat jenazahnya sedang dibawa masuk ke dalam van, tiba-tiba saya terhidu satu bau yang sangat wangi — seolah-olah bau bunga, tetapi lebih istimewa.

Pada waktu itu, saya menyangka mungkin seseorang memakai minyak wangi.

- IKLAN -

“Namun, saya terdengar orang di sekeliling memberitahu bahawa itu adalah jenazah Nurly. Saya tidak mengenali arwah ketika itu. Selepas semua urusan jenazah di unit forensik selesai, saya bersiap untuk pulang.

“Ketika berdiri di pagar bersama seorang anggota polis, saya melihat satu demi satu van jenazah bergerak keluar. Tiba-tiba, salah sebuah van berhenti di hadapan kami. Pemandu van membuka tingkap dan sekali lagi, bau wangi yang sama menusuk hidung saya, kali ini lebih kuat.

“Saya menoleh ke dalam van dan terlihat wajah tenang seorang lelaki, rupa-rupanya, itu adalah ayah kepada arwah Nurly,” ceritanya.

Rasa ingin tahu itu membawa saksi untuk mencari maklumat tentang arwah sebaik tiba di rumah.

“Hati saya tertanya-tanya, siapakah sebenarnya insan ini? Setelah pulang ke rumah, saya mula mencari maklumat mengenai arwah.

“Rupa-rupanya, beliau adalah seorang hafizah Al-Quran, bahkan pernah menulis sendiri naskhah Al-Quran.

“Saya turut mendapat tahu bahawa arwah meninggal dunia dalam keadaan memeluk Al-Quran. Subhanallah. Hebatnya insan ini. Saya benar-benar tersentuh, dan dalam diam saya merasa cemburu dengan cara pemergiannya yang sangat mulia,” tambahnya.

Tulis semula ayat Quran demi kuatkan ingatan kepada hafalannya

Seramai 15 pelajar UPSI terkorban dalam kemalangan di KM53 Jalan Raya Timur-Barat awal pagi 9 Jun lalu.

Bas berkenaan dalam perjalanan dari Jerteh ke kampus utama universiti di Tanjung Malim.

@adindapuspawangii Saya salah seorang saksi bertapa wangi nya jenazah arwah Nurly Sahirah ni🥹 Masa jenazah nak masukkan dlm van, tiba-tiba terhidu bau macam bunga..tapi lain sikit bau nya..wangii..time tu fikir mungkin ada yg pakai perfume..dgr org sekeliling bgtau tu jenazah Nurly, saya tak kenal arwah pun..lepas ke semua jenazah selesai urusan di forensik, sy pun bsiap nak balik. Time ni terus brdiri kat pagar dgn polis..lepas satu satu van jenazah lepas, tiba-tiba satu van ni bhenti depan kami..abg van tu bukak cermin tingkap..subhanaAllah, bau wangi tadi kuat menusuk ke hidung..tengok dlm van, nampak ayah kpada arwah Nurly..nmpk tenang🥹 Hati tertanya..siapa lah arwah ni..bila balik rumah baru start cari, rupanya arwah hafizah al quran..tulis sndiri quran😭Allahh..hebat nya awak..sgt cemburu dgn kematian awak..dapat tau jugak arwah meninggal dlm keadaan peluk quran🤧 Inilah bukti keagungan al quran bagi sesiapa yg membaca, menghafaz serta mengamalkannya..semoga semua mangsa kemalangan masuk ke syurga tertinggi mu ya Allah..ya cedera di berikan kesembuhan segera..Aaminn..Al fatihah buat semua mangsa.🥹#upsi #tahfizquran #alfatihah #fakhrularif#nurlysahirah ♬ original sound – トワン・カシャ🇲🇾

kredit – gempak