Hati Johan Tersentuh Selepas Ozylnn Kata “Mulai Saat Ini, Auratnya Hanya Untuk Saya”

Pelakon, Ozlynn Waty mengakui dirinya kini lebih selesa dengan penampilan terbaru iaitu bertudung.

Ozylnn juga telah berkongsi niat untuk memakai tudung itu sejak beberapa tahun lepas. Namun selalu memikirkan pendapat orang lain.

Memang terdetik, tapi pada masa sama saya selalu fikir nanti kalau pakai, mesti orang akan cakap ‘esok esok bukalah tu.

Suami selalu cakap, boleh tak kau fikir pasal diri kau sendiri dan jangan selalu fikir pasal orang? Saya cakap, tak apalah sebab saya nak rasa keajaiban daripada Allah itu, maknanya bangun pagi, rasa dah nak pakai.

Isteri kepada pelawak, Johan ini juga memaklumkan penamatnya apabila beliau mendapat panggilan daripada Allah untuk menunaikan haji.

Sekali saya dah pergi haji, Insya-Allah saya tak akan tak bertudung.

Dalam masa yang sama Johan turut meluahkan rasa bahagia dengan penghijrahan isterinya itu.

Sekarang, saya dah dapat wanita yang solat dan dia dah bertudung. Dia bertudung bukan pasal saya, tapi hidayah yang dia dapat. Sebab itu apabila dia solat, dia ada tempat mengadu, tempat mohon keampunan dan dia ada juga tempat untuk mendapat hidayah itu.

Saya rasa Allah dah menjawab untuk bahagian saya dan menyentuh hati saya apabila dia cakap mulai saat ini, aurat dia hanya untuk saya. Jadi, itu sangat menyentuh hati saya.

Semoga kedua-dua pasangan ini kekal bahagia sampai bila-bila. Amin Ya Rabbal Alamin.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.