Raih CGPA 3.96, Norman Hakim bangga pencapaian akademik Maria Danisha!

Pelakon, Norman Hakim meluahkan rasa bangga terhadap puterinya, Maria Danisha Hakim atas pencapaian akademik yang meningkat daripada sebelumnya.

Menerusi perkongsian di Instagram miliknya, Norman memuat naik momen ketika hadir ke sekolah puterinya di Abadeen Academy bagi bertemu guru Danisha dan mengambil keputusan peperiskaan.

“Alhamdulillah, syukur nikmat pencapaian terbaik dari peperiskaan sebelum ini untuk Baby Danisha. 8A’s dari 10 subjek dengan CGPA 3.96 berbanding 5 A’s sebelum ini.

“Rasa sebak, syukur, happy, bangga! Semoga baby terus istiqamah juga dalam mengekalkan momentum dan konsistensi untuk semua usbjek sampai exam akhir tahun.

“Dan cabaran sebenar adalah untuk Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun depan (2025),” tulisnya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet turut meluahkan rasa bangga serta memuji Norman dan Abby pandai mendidik anak untuk berjaya dalam pendidikan.

Netizen ucap tahniah

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa bangga dan memuji Norman serta Abby pandai memberi didikan secukupnya buat anak untuk berjaya dalam pendidikan.

Semoga Maria raih keputusan cemerlang dalam SPM!

Sementara itu, ramai yang mendoakan agar Maria memperoleh keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bakal diduduki pada tahun hadapan sekaligus dapat membanggakan kedua orang tuanya.

Sekadar info, Norman dan Abby mendirikan rumah tangga pada tahun 2002 dan memilih jalan untuk berpisah pada tahun 2008. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Mohamed Danish Hakim Marissa Dania Hakim, dan Maria Danisha Hakim.

Norman kemudiannya berkahwin dengan pelakon Memey Suhaiza pada 2011 dan mempunyai tiga cahaya mata manakala Abby pula berkahwin dengan Muhammad Faizal Zakaria pada 2015.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.