Heboh! Doktor Ini Cabar Syed Saddiq Nikah Bella Atau Tanding PRU Muar!

- IKLAN -

Seorang doktor menarik perhatian ramai apabila menulis surat terbuka kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, mendesak beliau segera mengahwini penyanyi Bella Astillah atau berdepan cabaran politik secara terbuka.

Dr Md Azhari Md Zhahir, yang juga pengguna Facebook dengan nama Doc Azhari Zhahir, mengeluarkan surat tersebut yang tular di media sosial. Dalam warkah itu, beliau menyatakan kesediaan untuk bertanding di Parlimen Muar jika Syed Saddiq gagal mengakhiri hubungan dengan Bella melalui akad pernikahan.

“Jika akhirnya YB memilih untuk mengecewakan Bella, membiarkan dia berdiri terlalu lama menanti akad yang tidak kunjung tiba, maka dengan rendah hati tapi tekad membara, saya sendiri akan bertanding di Parlimen Muar,” kata beliau.

Doktor tersebut menjelaskan bahawa surat ini bukan sekadar suara rakyat biasa, tetapi sebagai saksi senyap yang mengikuti perjalanan kisah cinta Syed Saddiq dan Bella sejak awal lagi.

Beliau turut menyindir Syed Saddiq yang didakwanya ‘masih kabur’ dalam memahami cinta sejati dengan mencadangkan agar beliau hadir ke kliniknya untuk pemeriksaan mata.

“Datanglah ke Klinik Amani di Semenyih atau UNI Klinik Southville City. Biar saya sorot retina mata YB dengan fundoskopi, mencari apakah silau terlalu kuat hingga pandangan tertutup oleh sorotan flash media dan politik,” katanya dengan nada sinis.

Selain itu, beliau turut menyenaraikan pelbagai pemeriksaan perubatan termasuk ECG, imbasan jantung dan bahkan pembedahan untuk ‘menyelak selubung hati Saddiq’ demi memastikan nama Bella tertulis di dalamnya.

Dalam surat penuh jenaka dan sindiran itu, Dr Azhari turut menyentuh pengorbanan rakyat yang kononnya meniru gaya hidup Syed Saddiq demi mengikuti jejak langkahnya, termasuk membeli pakaian butik mewah, minum kopi khas, dan bersenam — semua untuk ‘mencuri’ sedikit aura pasangan itu.

“Sedangkan kami, rakyat yang entah siapa, sanggup membeli baju Jakel dan Primavalet semata-mata mahu merasa secebis aura YB, meneguk kopi, mengunyah protein bar, meniru rejim joging YB dalam diam meminjam sedikit sinar hidup kalian,” tulisnya.

Dr Azhari memberi amaran bahawa jika Syed Saddiq terus enggan mengakhiri hubungan itu dengan perkahwinan, beliau akan menggerakkan kempen pilihan raya dengan menggugah rakyat Sabah untuk berpindah mengundi di Muar demi menjatuhkan Syed Saddiq.

Surat itu diakhiri dengan seruan agar Syed Saddiq kembali kepada rasa paling jujur dan menjadikan Bella bukan sekadar teman di sisi kamera, tetapi sebagai isteri sah.

“YB Saddiq, pulanglah kepada rasa yang paling jujur. Ajaklah Bella berdiri di sebelah, bukan sekadar dalam gambar, tetapi pada satu akad yang menggema hingga kami rakyat yang hanya diam di barisan belakang bisa menadah tangan bersama mendoakan bahagia,” katanya.

Doktor itu menandatangani surat tersebut sebagai “doktor, rakyat, dan penumpang kecil kisah cinta Saddiq dan Bella, yang sanggup jadi calon bebas Muar demi seorang Bella.”

Sumber: FB Doc Azhari Zhahir

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*