Lawan Dengan Tenang! Zara Zya Balas Pedas Netizen yang Kutuk Masakan Asam Pedasnya!

Pelakon dan usahawan popular, Zara Zya, tampil tenang membalas komen negatif yang melabelnya tidak pandai memasak selepas berkongsi video resipi asam pedas tulang di Instagram.

Dalam video terbaharu itu, Zara berkongsi proses memasak juadah asam pedas tulang lengkap dengan bahan tumisan seperti jintan, halba, halia, bawang putih dan daun kari yang digunakan. Walaupun mendapat perhatian netizen, ada yang memberikan komen pedas dan mempertikaikan kemahirannya memasak.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ZaraZya (@zarazya)

Namun, Zara tidak melatah. Sebaliknya, dia membalas dengan matang menerusi satu ciapan di aplikasi Threads.

- IKLAN -

Zara menjelaskan bahawa resipi asam pedas tersebut merupakan ilmu dan perkongsian daripada sahabat kepada ibunya yang berasal dari Melaka. Dia menegaskan dia tidak memaksa sesiapa untuk menerima cara masakannya, termasuk penggunaan daun kari dalam resipi yang biasanya dikaitkan dengan masakan kari.

“Saya masak, bukan nak bagi awak makan. Saya masak untuk saya dan keluarga saya makan. Asam pedas itu, kawan mama saya dari Melaka yang kongsi resipi dan ianya menjadi lauk kegemaran saya hingga kini,” katanya.

Pelakon berusia 40 tahun itu turut menyentuh bahawa niatnya berkongsi resipi itu adalah untuk sesiapa yang berminat mencuba sendiri di rumah.

“Ingatan untuk semua, daun kari bukan hanya untuk masakan kari saja,” tambahnya.

Sebagai penutup, Zara menitipkan pesanan kepada orang ramai agar lebih terbuka minda menerima ilmu dan perkongsian di media sosial.

“Sebab itu ada pepatah, pergilah belajar hingga ke negara China. Buka minda tu luas luas. Orang dah share ilmu, dia bodohkan kita pula? Indah sungguh bahasa. Benci sangat kat saya ya,” ujar Zara dengan nada santai namun tegas.

Kredit – Threads Zara Zya