“Biar Cantik Masa Majlis” – Ibu Setuju Bayi Disolek, Mak Saudara Bayarkan MUA
Jika ada sebarang acara penting yang bakal berlangsung di rumah, segelintir golongan wanita sanggup menempah khidmat jurusolek (MUA) untuk memastikan diri mereka cantik pada hari tersebut. Namun berbeza pula dengan tindakan sebuah keluarga ini, mereka malah menempah servis berkenaan untuk seorang bayi kecil.
Satu kata untuk mak bayi & tukang soleknya
@delaa_fara #fypppppppppppppp #fyp #makeup #viraltiktok ♬ suara asli – __
Awalnya, hasil solekan bayi tersebut telah dikongsikan menerusi TikTok rasmi jurusolek itu sendiri. Menggunakan teknik solek ala-ala Douyin yang dipopularkan oleh negara China, wajah si kecil itu benar-benr berubah 100% daripada bentuk kening, hidung serta bibirnya. Meskipun cantik, video berkenaan bagaimanapun menerima kecaman hebat daripada netizen yang kasihan mengenangkan kulit bayi yang masih sensitif.
Ibu bayi tu sendiri yang hantar bayinya ke rumah saya untuk disolek
Jurusolek ini kemudiannya tampil membuat permohonan maaf secara terbuka dan menceritakan kisah sebenar. Sebenarnya sebelum bersetuju menerima kerja tersebut, dia sudah menyuarakan kerisauan kepada ibu bayi berkenaan khususnya tentang bagaimana solekan itu bakal dibersihkan nanti. Namun si ibu tetap dengan pilihan tersebut, apalagi bayaran solekan ini ditanggung sepenuhnya oleh ibu-ibu saudara yang mahu bayi itu terlihat cantik sewaktu acara berlangsung.
Moga jadi pengajaran agar jangan sembarangan pilih job & boleh fikir lebih panjang
MUA ini sempat berpesan kepada si ibu agak solekan berkenaan dibersihkan menggunakan minyak bayi bagi mengelakkan sebarang iritasi kulit. Mujurlah tiada sebarang perkara buruk berlaku kepada anaknya. Namun di sini, jurusolek tersebut menyedari khilaf dirinya yang menerima job sebegitu. Justeru dia menjadikan kejadian ini sebagai pengajaran untuk lebih berhati-hati memilih job di masa akan datang.
KREDIT : TikTok delaa_fara & fayrafarahh_makeup via kisahdunia
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.