“Tak Nak Halalkan Pun Takpe” – Influencer Mengaku Setahun Buat-Buat Bisu Demi ‘Gift’ Di TikTok

Tular di laman sosial TikTok, seorang influencer tampil membuat permohonan maaf dan mengakui kesalahannya kerana telah menipu orang ramai selama setahun.

Katanya, dia telah berpura-pura bisu demi meraih simpati orang ramai untuk mendapatkan pengikut dan ‘gift’.

Kini, dia telah insaf dan sudah mencari pekerjaan untuk menanggung anak dan isterinya. Dia berjanji untuk memperbaiki semuanya kembali.

Orang tanya saya, kenapa saya tak malu tiba-tiba buat TikTok balik buat permohonan maaf. Sebab saya tak nak lari daripada kesilapan saya, saya dah buat salah dengan orang. Selama setahun lebih saya dah tipu semua orang, jadi saya buat TikTok ini balik untuk mohon maaf.

Dia tidak kisah dengan kecaman orang ramai kerana tahu memang dirinya bersalah. Dia meminta orang ramai dapat menghalalkan segala pemberian selama ini.

Lelaki ini juga mahu menjual ginjalnya dengan jumlah RM50,000 demi membayar hutang orang ramai yang telah memberikan ‘gift’ selama ini.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.