Ina Naim nikah 8 November dengan Mohd K? – Mula Mengenali Bakal Suami Selepas Aidilfitri

Sebelum ini, kecoh di media sosial apabila Ina didakwa bakal bernikah dengan lelaki pilihan yang dikenali sebagai Mohd K, pada 8 November depan.

Kisah perkahwinan kali kedua Ina itu hangat diperkatakan ramai namun dinafikan oleh ibu tunggal empat cahaya mata itu.

Mengesahkan Perkahwinan

Terbaru menurut Harian Metro, Ina Naim telah mengesahkan bakal bernikah dengan duda anak dua berusia 41 tahun pada 8 November ini.

Ina yang juga balu penyanyi nasyid, Allahyarham Suhaimi Saad menjelaskan tidak berniat merahsiakan berita pernikahan dan majlis dianjurkan secara kecil-kecilan membabitkan keluarga terdekat.

Saya memilih tidak menghebohkan majlis ini bagi menghormati perasaan emak dan abah.

Majlis kami hanya dibuat kecil-kecilan. Jadi, makanan sangat terhad. Bukan kedekut tetapi ini adalah perkahwinan kedua saya.

Jadi, saya tidak merancang buat secara besar-besaran dan sekiranya makanan tidak cukup, bimbang boleh timbulkan fitnah pula.

Nanti kasihan pula emak dan abah jadi bualan orang.

Berkongsi mengenai bakal suaminya, Ina berkata, jejaka itu adalah peminat Allahyarham suaminya.

- IKLAN -

Mengenali Selepas Aidilfitri

via Malaysia Gazette

Ina mendakwa mula mengenali lelaki itu selepas Aidilfitri lalu.

Dia memulakan langkah dengan menghantar mesej melalui WhatsApp kepada saya.

Pada mulanya, saya tidak layan, tetapi selepas dia tidak berputus asa mencuba, akhirnya saya sambut salam perkenalan.

Bakal suami adalah bekas tenaga pengajar di Giat Mara. Niatnya berkahwin dengan saya kerana mahu mengumpul pahala menjaga anak yatim dan membela nasib ibu tunggal.

Ditanya penerimaan anak-anak , kata Ina, anak-anak faham dan terima kehadiran bakal bapa tiri dengan terbuka.

Ina berkata, selain anak-anak, dia meminta pandangan ibu bapa serta adik-beradik Allahyarham suaminya mengenai keputusan untuk berkahwin.

Sekadar rekod, Ina atau nama sebenarnya, Nordiana Md Naim berkahwin dengan Allahyarham Suhaimi atau Mohd Suhaimi Saad pada 12 Ogos 2007.

Namun, Allahyarham Suhaimi meninggal dunia pada 15 November tahun lalu akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

Kisah perkahwinan kali kedua Ina itu sudah hangat diperkatakan ramai di media sosial sejak beberapa minggu lalu, namun ia dinafikan oleh ibu tunggal empat cahaya mata itu.

Malah, nama anggota Hijjaz iaitu Isman Nadim Isam juga disebut-sebut sebagai calon suami baharu Ina dan dinafikan lelaki itu kerana dia sama sekali tidak mengetahui perancangan perkahwinan berkenaan.

Isman yang sudah melihat kad undangan perkahwinan Ina itu berkata, dia lega kerana memang bukan dirinya dan langsung tiada kena-mengena dengan perancangan perkahwinan terbabit.

“Alhamdulillah, melihat pada kad undangan yang tersebar ini, nama lelaki terbabit sudah jelas bukan saya. Syukur, semua teka-teki nama calon suami Ina adalah Mohd K dan bukan Isman.

“Sebenarnya apabila nama saya disebut-sebut itu, saya ada hubungi Ina dan bertanya padanya. Memang dia mengaku dengan saya akan berkahwin pada awal November depan, tapi tarikhnya tidak dimaklumkan.

“Ina juga beritahu saya, calon suaminya pada kalangan orang biasa saja dan bukan artis. Itu saja yang saya diberitahu oleh Ina mengenainya,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Isman, sekiranya memang betul Ina akan berkahwin dan naik pelamin tidak lama lagi, dia mendoakan wanita itu serta anak-anak Allahyarham sahabatnya, Suhaimi akan menjalani kehidupan yang gembira serta bahagia di dunia hingga akhirat.

Terdahulu, kad undangan perkahwinan Ina yang tersebar itu tertera nama ibu bapa bakal pengantin perempuan iaitu Mohd Naim Samijan dan isteri, Norini Masuh.

Dituliskan juga majlis pernikahan itu akan berlangsung pada tarikh 8 November di lokasi Felcra Sungai Ara, Kota Tinggi, Johor iaitu kampung halaman Ina dan keluarga. Namun, nama penuh pengantin lelaki ditutup.

Sementara itu, usaha Harian Metro mendapatkan Ina untuk penjelasannya tidak berjaya apabila kiriman mesej di WhatsApp tidak dibalas, begitu juga panggilan telefon dibuat tidak berjawab.

Ina atau nama sebenarnya Nordiana Md Naim berkahwin dengan Suhaimi atau Mohd Suhaimi Saad, 43, pada 12 Ogos 2007. Namun, Suhaimi meninggal dunia pada 15 November tahun lalu akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

Hasil perkongsian hidup selama 16 tahun itu, Ina dan Suhaimi dikurniakan empat anak iaitu Ehmad Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony.