“Ingatkan dah reda, Rupanya depa pakat sambung lagi pada pemain yg lain..” – Netizen

Pemain pertahanan Selangor FC, Ahmad Khuzaimi Piee menjadi sasaran selepas kediamannya dipecah masuk oleh individu tidak dikenali ketika keluar menyertai latihan bersama pasukannya.

Kejadian dipercayai berlaku selepas dia meninggalkan rumah kira-kira pukul 2 petang, menurut laporan polis yang dikongsikannya di Instagram.

Ketika Ahmad Khuzaimi pulang ke rumah pada pukul 9 malam, dia mendapati pintu pagar rumahnya di depan dan belakang telah terbuka.

“Setelah membuat pemeriksaan, terdapat barang-barang berharga telah hilang antaranya adalah sebuah motosikal jenis Yamaha Y15, beg silang pelbagai jenama beserta paspot telah hilang,” tulis laporan itu.

Laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam pada pukul 11.30 malam, hari yang sama.

Polis tiba di kediaman Ahmad Khuzaimi

Bagaimanapun, kerugian sebenar Ahmad Khuzaimi atau lebih dikenali sebagai Jimmy masih tidak dapat dipastikan sehingga kini.

Dalam pada itu, beliau turut memuat naik beberapa keping gambar keadaan dalam rumahnya yang berselerak dipercayai akibat digeledah ketika dipecah masuk semalam.

Kejadian tidak diingini terus menghantui pemain Selangor bermula dari kejadian simbah asid yang dialami oleh pemain sayap mereka iaitu Faisal Halim.

Selain itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Dr Johan Kamal Hamidon dan beberapa pegawai lain turut dilaporkan mendapat ugutan dari pihak yang tidak dikenali.

Perkara ini membuatkan pihak kelab mengambil langkah drastik apabila mengupah beberapa ‘bodyguard’ (pengawal peribadi) untuk menjaga keselamatan pemain dan pegawai tertentu dalam skuad Gergasi Merah.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.