Ini identiti Dayang Anisha, bakal isteri Prince Mateen
Prince Mateen atau Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah dari negara jiran Brunei antara ahli kerabat yang amat terkenal di rantau ini.
Di Malaysia juga, Prince Mateen memang dikenali ramai. Selain status Diraja yang dimiliki, wajah yang segak serta gaya keterampilannya membuatkan orang ramai senang melihatnya.
Di usianya kini sudah masuk ke umur 32 tahun, Prince Mateen akhirnya diumumkan akan berkahwin.
Melalui laporan dari portal Brunei, putera Sultan Brunei ini akan berkahwin dengan seorang wanita bernama Dayang Anisha atau Anisha Isa Kalebic.
Majlis perkahwinan dijadualkan berlangsung pada bulan januari tahun 2024.
Semalam, satu jadual telah dikeluarkan yang mana menunjukkan akan dilangsung istiadat perkahwinan Diraja itu.
Majlis berlangsung selama 10 hari bermula 7 Januari sehingga 16 Januari 2024.
Pada 7 Januari, Majlis Istiadat Bersuruh Dirajay berlangsung.
Ianya diikuti dengan Majlis Akad Nikah Diraja pada 11 Januari.
Majlis Persandingan Diraja berlangsung pada 14 Januari di Istana Iman.
Satu perarakan telah diajdualkan untuk diadakan di Bandar Seri Begawan.
Pada 15 januari pula, Majlis Persantapan Diraja dilangsungkan.
Hari terakhir, pada 16 januari, Majlis Istiadat Membaca Doa Selamat dan Penutup akan dijalankan.
Prince Mateen merupakan anakanda Sultan Brunei, Sulatan Hassalan Bolkiah yang kesepuluh, dan anak lelaki ke empat baginda.
Berkenaan bakal isterinya, wanita bernama Dayang Anisha Rosnah Bintin Adam ini juga merupakan seorang yang dikenali dikalangan keluarga diraja Brunei.
Dayang Anisha merupakan cucu kepada seorang pembesaar Brunei yang kini merupakan penasihat khas kepada Sultan Brunei, iaitu Pehin Dato Awang Isa.
Datuk kepada Anisha ini juga merupakan bekas peguam negara dan juga antara pengasas syarikat penerbangan Royal Brunei.
Dalam pada itu, dikatakan abang kepada Anisha iaitu Danial Deen merupakan rakan baik kepada Putera Mateen.
Putera Mateen bersama abang Anisha, Danial
Ini beberapa foto Dayang Anisha Isa Kalebic.
Sememangnya ini satu berita yang amat menggembirakan buat rakyat Brunei dan juga orang ramai, semua akan menantikan majhlis perkahwinan Diraja Prince Mateen dan juga Dayang Anisha, semoga dipermudahkan, amin.