Ini keadaan terkini Che Ta slepas 3 hari disahkan sakit

Pelakon Rozita Che Wan ditahan di sebuah hospital susulan kesihatannya merosot sejak beberapa hari kebelakangan ini.

Tidak berkongsi punca sebenar dia menerima rawatan, Rozita atau mesra disapa Che Ta, 52, bagaimanapun hanya memaklumkan keadaanya disebabkan oleh ‘gelombang raya’.

Pelakon drama Kiah Pekasam itu turut memuat naik foto dia sedang terbaring di atas katil wad sambil tangannya dipasang IV cannula.

Ayu (kiri) menitipkan doa untuk kesembuhan Che Ta (kanan).

Dalam pada itu, adik perempuan Rozita iaitu pelakon Ayu Raudhah sempat menitipkan doa agar kakaknya itu segera sembuh.

“Semoga cepat sembuh Kak Ta (panggilan Rozita). Sila rehat dengan baik. Saya sayang awak. Jumpa nanti,” katanya.

Sementara itu, usaha mendapatkan kenyataan tentang keadaan Rozita tidak berjaya apabila Ayu tidak menjawab panggilan telefon.

Sebelum ini, Che Ta memuat naik sebuah video di TikTok memaparkan anaknya iaitu Aaisyah Dhia Rana mengemas bilik tidur sendiri.

Ia susulan aktres berkenaan tidak dapat membantu anak perempuannya itu kerana berada dalam keadaan kurang sihat.

Kata Che Ta, dia mengalami demam selain sudah tiga hari tidak larat bangun melakukan kerja-kerja rumah.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*