“Isteri Yang Berada Di Belakang Suami Memberi Semangat Dalam Kehidupan Sebenar Pasti Ada Sentuhan…” – Fattah Amin
Pelakon Fattah Amin mengakui bahawa watak isterinya, Nur Fazura, dalam filem Pendekar Awang Darah Indera Gajah sebagai Sayang membantunya menghidupkan karakter tersebut.
“Sebagai watak suami isteri sebenarnya memudahkan, isteri yang berada dibelakang suami memberi semangat dalam kehidupan sebenar pasti ada sentuhan…” – Fattah Amin
“Perkara itu akan lebih membakar semangat si suami. Bila berlakon dengan Fazura watak sebagai isteri kepada Awang, sebenarnya sentuhan itu memberi banyak bantuan untuk menghidupkan karakter masing-masing…” – Katanya
Sementara itu, Fattah tidak menafikan kemungkinan adanya perbandingan antara filem Mat Kilau dan filem Pendekar Awang. Oleh itu, sebagai pelakon utama, dia telah berusaha sedaya upaya untuk mencipta perbezaan di antara kedua-dua watak tersebut.
“Daripada mula sebelum mula
penggambaran, saya tahu akan kena buat kelainan dari Mat Kilau.. Saya dah buat yang terbaik atas bantuan dari direktor, produser, jalan cerita filem yang banyak dibantu oleh orang lain…” – Katanya lagi
Dalam masa yang sama, Fattah menyatakan bahawa semasa melakukan ‘dubbing’ (alih suara) untuk filem tersebut, dia berada dalam keadaan tidak sihat sehingga mengalami kehilangan suara.
Lihat Posting di bawah:
Sumber: Instagram, Portal
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.