Inkues Kematian Zara Qairina: Peguam Bawa Patung Ke Mahkamah Untuk Demonstrasi Kecederaan

KOTA KINABALU – Prosiding hari kedua inkues bagi menyiasat punca kematian Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir di Mahkamah Koroner di sini hari ini menarik perhatian apabila peguam yang mewakili tertuduh remaja membawa sebuah patung ke dalam dewan bicara.

Datuk Ram Singh, yang mengetuai pasukan peguam bela, dilihat hadir bersama rakan guamannya membawa patung tersebut seawal pagi. Tindakan itu segera mencuri tumpuan pengamal media yang membuat liputan kes berkenaan.

@beritaalhijrah114

Pasukan Peguam tertuduh diketuai Datuk Ram Singh membawa sebuah patung yang sama dengan ketinggian kanak-kanak ke Mahkamah Koroner, Kota Kinabalu. Patung berkenaan dipercayai bagi membantu pakar patologi untuk menunjukkan lebih jelas kecederaan pada tubuh Pelajar Tingkatan Satu, Allahyarham Zara Qairina Mahathir. Ikuti Berita AlHijrah di Facebook, Instagram, X, Tiktok dan Youtube serta layari www.alhijrahnews.com untuk berita tempatan dan antarabangsa.

♬ original sound – Berita AlHijrah

 

Zara Qairina

Difahamkan, patung itu dibawa sebagai alat bantu visual untuk Pakar Patologi Hospital Queen Elizabeth (HQE), Dr. Jessie Hiu. Ia bertujuan bagi memudahkannya menunjukkan dengan lebih jelas kedudukan serta sifat kecederaan yang dialami oleh arwah Zara Qairina pada tubuhnya.

- IKLAN -

Dr. Jessie dijangka menyambung keterangannya hari ini, di mana beliau akan menjawab soalan-soalan daripada Pegawai Pengendali dari Jabatan Peguam Negara (AGC). Selain itu, peguam yang mewakili kepentingan ibu bapa arwah serta peguam bagi lima remaja lain yang menghadapi pertuduhan buli di Mahkamah Kanak-Kanak juga dijangka akan mengemukakan soalan kepada beliau.

Pada prosiding semalam, Dr. Jessie telah memberitahu mahkamah bahawa hasil pemeriksaan bedah siasat mendapati kecederaan yang dialami oleh Zara Qairina adalah konsisten dengan impak jatuh dari tempat yang tinggi.

Zara Qairina

- IKLAN -

Beliau juga secara tegas menolak kemungkinan bahawa arwah terjatuh secara tidak sengaja atau ditolak dari koridor tingkat tiga bangunan asrama sekolahnya, di mana mangsa ditemui tidak sedarkan diri pada 16 Julai lalu.

Prosiding inkues ini terus berjalan bagi meneliti semua bukti dan keterangan untuk menentukan punca sebenar kematian remaja tersebut.

Sumber – Berita Harian