Inkues Zara Qairina: Pakar Ragu Mangsa Boleh Dimasukkan & Dihidupkan Dalam Mesin Basuh

Zara Qairina

Kota Kinabalu: Persoalan sama ada Allahyarham Zara Qairina Mahathir mungkin telah dimasukkan ke dalam mesin basuh menjadi tumpuan pada hari kedua prosiding inkues kematiannya di Mahkamah Koroner hari ini.

Pakar Patologi Hospital Queen Elizabeth (HQE), Dr. Jessie Hiu, menyuarakan keraguannya terhadap teori tersebut apabila disoal oleh Pegawai Pengendali inkues, Timbalan Ketua Bahagian Pendakwaan II, Datuk Badiuszaman Ahmad.

Berdasarkan berat arwah iaitu 53 kilogram (kg), Dr. Jessie menyatakan bahawa beliau tidak percaya sebuah mesin basuh domestik boleh dihidupkan dengan beban seberat itu di dalamnya.

Semasa sesi soal jawab, Dr. Jessie mengesahkan ada melihat beberapa unit mesin basuh di tingkat bawah asrama ketika beliau melawat lokasi penemuan mayat mangsa. Walau bagaimanapun, beliau tidak memeriksa saiz spesifik tong mesin basuh tersebut.

- IKLAN -

Zara Qairina

Berikut adalah petikan soal jawab di mahkamah:

Pegawai Pengendali: Ada jumpa mesin basuh (di lokasi)?
Dr Jessie: Ya, ada.

- IKLAN -

Pegawai Pengendali: Di mana?
Dr Jessie: Di tingkat bawah, berdepan dengan tangga.

Pegawai Pengendali: Berapa banyak?
Dr Jessie: Saya tidak ingat, tapi lebih daripada satu.

Pegawai Pengendali: Saiz mesin basuh?
Dr Jessie: Mesin basuh domestik, bukan (saiz) industri.

Pegawai Pengendali: Ada kemungkinan si mati dimasukkan ke dalam mesin basuh?
Dr Jessie: Saya tidak memeriksa saiz tong, tapi saya diberitahu berat arwah ialah 53 kilogram. Saya tidak tahu (jika) berat 53 kilogram boleh muat dalam mesin basuh itu. Tapi, saya tidak percaya ia boleh dihidupkan dengan berat 53 kilogram.

Keterangan Dr. Jessie ini diberikan di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan, ketika beliau menyambung testimoninya bagi membantu siasatan menentukan punca sebenar kematian Zara Qairina.

Sumber – Harian Metro