Isteri Barah Sedang ‘Menunggu Masa’, Guru Tak Dibenarkan Bertukar Ke Semenanjung
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Baru-baru ini, kisah kedukaan seorang guru lelaki bernama Muhammad Izzudin yang berdepan kesukaran menukar tempat mengajar dari Sarawak ke Semenanjung telah menjadi perhatian ramai. Perkara itu telah diceritakan oleh rakan seperjuangannya sendiri iaitu Cikgu Harima Abd Rahman menerusi Facebook sehingga meraih 34,000 perkongsian semula.
Ini tentang cinta, sepi & perjuangan kawan saya, Cikgu Din
Pada tahun 2019, Cikgu Muhammad Izzudin yang mesra digelar Cikgu Din berjaya mendapat peluang penempatan sebagai guru kontrak di sebuah sekolah bertempat di Kanowit, Sarawak. Dia turut membawa anak dan isteri untuk tinggal sekali di sana. Di sebalik kesungguhan Cikgu Din mendidik anak bangsa, tiba-tiba Allah menghadirkan ujian cukup berat buat keluarga kecil mereka. Isterinya disahkan menghidap barah tulang rawan yang mana sel berkenaan juga sudah merebak ke bahagian paru-paru. Oleh kerana lokasi ke pusat perubatan di Sarawak menelan masa lama, Cikgu Din mengambil keputusan membawa isterinya pulang ke Kelantan untuk akses perubatan yang lebih mudah. 2 kali sebulan, dia akan mengorbankan masa dan wang ringgit terbang dari Sarawak ke Kelantan untuk mendampingi isterinya mengharungi detik sukar itu.
Masa hantar surat, pihak atasan cakap “Yang tak sihat tu isteri awak, awak masih boleh berkhidmat”
Cuti sudah pun habis sehingga Cikgu Din sanggup mengambil cuti tanpa gaji demi pulang menemui isterinya. Namun begitu, keadaan isterinya yang masih belum membaik membuatnya nekad untuk memohon penukaran penempatan menerusi sistem eGTUKAR. Malang sekali, segala prosedur yang dilaluinya dengan Pengarah Pendididikan tidak menemui hasil. Rayuannya tidak didengari, malahan ada pihak atasan yang sewenang-wenangnya berkata Cikgu Din boleh bekerja seperti biasa kerana bukan dirinya yang menanggung masalah kesihatan itu.
Rawatan kimo dihentikan…Doktor beri isyarat “tunggu masa sahaja”
Dalam kekusutan dan keresahan ini, Cikgu Din turut disahkan menghidap masalah depresi. Lebih menyedihkan lagi, doktor memberi bayangan bahawa hayat isterinya sudah tidak begitu lama. Sampai detik ini juga, Cikgu Din masih gagal menukar tempat bertugas kerana pihak atasan berkata permohonan eGTUKAR hanya boleh dibuat oleh guru tetap yang sudah berkhidmat selama 3 tahun.
KREDIT : FB Harima Abd Rahman
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.