Doktor Dari Terengganu Mohon Maaf Tuduh Ustaz Azhar Idrus Tidak Bertauliah, Sedih Klinik Diboikot

Seorang doktor perubatan dari Terengganu bernama Ahmad Najmee tampil memohon maaf kepada Ustaz Azhar Idrus susulan tindakannya menuduh pendakwah itu tidak memiliki tauliah mengajar.

Mohon maaf

Menerusi hantaran di Facebook, Ahmad Najmee berkata permohonan maaf itu dibuat selepas bertemu dengan wakil keluarga Ustaz Azhar Idrus di klinik miliknya, pada Khamis.

Kata Najmie, dia mengaku salah atas keterlanjuran kata-katanya.

Dengan segala rendah hati saya memohon maaf atas keterlanjuran kata dan tuduhan kurang cermat terhadap Ustaz Azhar Idrus, yang memberi impak besar kepada banyak pihak.

Keterlanjuran kata ini adalah hasil dari kelemahan diri saya sendiri yang terlalu emosi akibat terpengaruh dengan provokasi di sosial media.

Kepada semua penyanjung Ustaz Azhar Idrus juga saya mohon maaf secara terbuka kepada semua. Saya redha dengan segala cercaan dan makian atas keterlanjuran kata-kata saya.

Pertemuan dengan saudara Mazuwan semalam sebagai wakil keluarga Ustaz Azhar Idrus telah banyak membuka hati saya tentang keikhlasan dan kemurnian hati Ustaz Azhar Idrus menyampaikan ilmu agama kepada semua.

Dalam pada itu, Ahmad Najmee berkata dia sedang berusaha untuk bertemu dengan Ustaz Azhar Idrus dalam masa terdekat.

Saya juga memohon untuk bertemu mata sendiri dengan Ustaz Azhar Idrus. Namun difahamkan jadual Al Fadhil Ustaz sangat padat ketika ini.

Insya-Allah saya cuba usahakan dalam masa terdekat berjumpa dan memohon maaf sendiri dengan Al Fadhil Ustaz Azhar Idrus.

Justeru, Ahmad Najmee berharap insiden tersebut menjadi pengajaran buatnya dan tidak lagi mempunyai perasaan tidak baik terhadap golongan agamawan.

Akhir kata sebagai insan yang lemah dan pendosa saya mengambil iktibar supaya lebih menjaga kata-kata dan tidak berprasangka jahat kepada golongan yang ikhlas menyampaikan ilmu.

Saya anggap segala apa yang saya hadapi ketika ini adalah kafarah kepada dosa-dosa saya kerana tidak menghormati ilmuan agama. Doakan agar saya dikurniakan taufiq dan hidayah dalam setiap tindakan dan kata-kata.

Sumber: Facebook
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.