‘Isteri tak nak balik kampung suami, luah penat bila pulang jadi kuli keluarga mertua’

Tular di aplikasi Tiktok, seorang wanita meluahkan perasaanya apabila tidak ingin pulang ke kampung belah suami sempena perayaan Aidilfitri kali ini. Wanita tersebut berkongsi sebab utama adalah sudah penat apabila pulang hanya menjadi kuli atau hamba keluarga mertua sahaja.

“Bila balik mesti ada sahaja benda tak kena, ada sahaja kerja nak suruh buat, daripada masak, kemas rumah, basuh baju hingga beli barang dapur pun semua nak suruh sis. Padahal adik beradik ipar ramai. Semua sihat dan berkemampuan”

“Betullah ada keluarga mertua yang baik adalah satu rezeki” luahnya.

Di ruangan komen, ramai yang memberikan pendapat dan luahan isi hati masing-masing:

” Aku syak mesti isteri dia surirumah,tak bekerja. Sbb tu dipandang darjat paling bawah… Dikuli2kan… Sbb dia kan ‘tak bekerja’…. Kalau bekerja pun, msti kerja biasa2 je .. sbb tu fmily mertua tak pandang pun… This is the real world “

” Bukan bangsa melayu aje menghadap perkara ini,saya sendiri menghadap…Bini sy buat baik apa pun,Ibu sy tetap menangkan anak perempuan dia…
Padahal Bini sy yg tinggal bersama Ibu saya,emak sy sentiasa menangkan anak perempuan dia….lagi lagi la sy hanya 1 anak lelaki….
Masa sy bujang hidup sy happy ,selepas kahwin ,Sam sial / setan …..hanya sebab anak dan kerjaya saya sy masih meneruskan hidup saya….
Kalau boleh TUHAN ambil la nyawa sy “

” bukannya selalu balik pun, takkanlah sehari dua pun tkleh tahan. ke diri sendiri yg pemalas? baik ngaku cepat “

” Laa…abis raya umah mak sendiri sama gak jadi kuli😂😂😂😂 tk de beza…cume beza tolong mak mentua….pahala berganda…sbb ibu kepala suami( syurga tu)❤️🙌 “

” Lainkali cri suami yg anak yatim piatu..senang cerita “

” Itukan ujian…bersabar,ada hikmah.Kite semua diuji,dan jangan selalu bandingkan ngan org lain.Sbb ujian tu mcm2… ” 

” Balik mana2 pun mmg pompuan yg buat keje dari pagi smpi mlm… “

” yg ni tkyah kluarga mentua. keluarga sendiri pun ada. yg jadi mngsa anak2 yg tinggal dlm rumah mak. anak2 yg da kluar, dtg time semua da siap. dtg mkn smua kt situ tp buat cara mcm tetamu. bnde ni la antra yg xssronok time raya. dari happy2 nk kumpul rmai2 trus jd mnyampah bila xde kerjasama ni “

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*