Cikgu kutuk murid oku tanpa sedar Terhantar dkt grup, Nasib Bapa sempat ‘screenshot’

Bagi seorang guru yang bertugas mendidik anak-anak murid di bawah kategori Pendidikan Khas, umum sedia maklum ia memerlukan tahap kesabaran tinggi. Namun bagi seorang bapa bernama Fezan Ray ini, dia tidak menyangka seorang pendidik di sebuah sekolah di Tuaran, Sabah tergamak bercakap buruk tentang anaknya.

Anak bongkok…Tak lama keluar sudah dari kelas 1 Jade..Bagus

Menerusi perkongsiannya di TikTok, Encik Fezan meluahkan rasa terkilan apabila mendapati anaknya yang OKU (autistik) seakan dipandang serong oleh guru kelasnya. Cikgu perempuan berkenaan dipercayai mengutuk murid darjah 1 tersebut bersama guru-guru lain.

Laju je delete mesej, nasib sempat screenshot

Namun entah bagaimana, dia tersalah hantar mesej negatif terbabit ke grup WhatsApp kelas 1 Jade yang turut ada ibu bapa penjaga di dalamnya. Sebelum ia dipadamkan, Encik Fezan bagaimanapun sempat menyimpan tangkap layar 5 kandungan mesej berkenaan.

Selain kata-kata berunsur mengutuk, dakwaan bahawa dia akan menyakiti murid baru yang bakal masuk ke kelas 1 Jade juga turut menimbulkan kegusaran.

Anak saya OKU…Perlu urus itu ini, semua kena sedia…Pasal tu dia tak sabar anak saya keluar

Jelas Encik Fezan, dia percaya guru berkenaan bersikap sebegitu kerana perlu menguruskan anaknya yang berkebutuan khas. Justeru, pihaknya sudah memfailkan laporan kepada pihak berautoriti dan berharap tindakan wajar diambil bagi mengelakkan perkara sama berulang.

KREDIT : TikTok FezanRay

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.