Cikgu Shaari Perjelas Kontroversi ‘duit content’ – “RM300 dan cincin itu hak Nabila, saya tak pernah minta dikongsi”

KUALA LUMPUR – Pempengaruh Cikgu Shaari menjernihkan salah faham susulan video tular pemberian wang tunai RM300 dan sebentuk cincin kepada pekerja gerai Mykeria bernama Nabila, yang berakhir dengan dakwaan Nabila dipecat kerana tidak berkongsi rezeki itu.

Dalam potongan siaran langsung yang dimuat naik di platform Threads, Cikgu Shaari menegaskan pemberian tersebut dibuat secara khusus kepada Nabila selepas mereka bersua ketika merakam kandungan (content) di gerai berkenaan.

VIDEO KENYATAAN CIKGU SHAARI :

@cikgu.shaari_ Kenyataan Rasmi berkenaan konten di Tanjung Malim #cikgushaari #fypシ #bahagiacaracikgushaari ♬ original sound – Cikgu Shaari

“Saya jumpa Nabila, saya cakap dan serahkan duit itu terus kepadanya. Segala pemberian daripada saya memang untuk Nabila seorang, tidak ada niat untuk dia bahagi dengan sesiapa,” jelasnya.

Beliau turut memaklumkan sudah menjelaskan perkara sama kepada pemilik Mykeria, Zira, yang sebelum ini mendakwa Nabila mementingkan diri dan memecat pekerja tersebut. Zira kemudiannya mengakui kesilapan, seterusnya memohon maaf secara terbuka dan peribadi kepada Nabila.

- IKLAN -

Isu bermula apabila netizen mempersoalkan tindakan Zira menegur pekerjanya kerana tidak berkongsi RM300 yang diterima. Rakaman tular itu mencetus kecaman sehingga pemilik gerai membuat penjelasan bahawa dia tersalah faham mengenai sumber wang berkenaan.

Cikgu Shaari menutup kenyataannya dengan harapan insiden berkenaan tidak lagi diperbesarkan dan mengingatkan pihak luar supaya tidak memanipulasi niatnya untuk berkongsi rezeki.

VIDEO ASAL  :

@cikgu.shaari_ jumpa seorang wira muda hari ni – Nabila. Masih belajar, tapi sanggup kerja demi tampung diri, tak nak bebankan mak ayah. Jaga pula 4 orang adik. MasyaAllah. Anak muda hebat. Kita doakan semoga Nabila terus kuat & murah rezeki 💪❤️ #cikgushaari #cikgushaariXOX #fypシ #fypp ♬ original sound – Cikgu Shaari

- IKLAN -

Sumber: Threads / siaran langsung Cikgu Shaari