“Jaga dari kecil, belum apa-apa dah dilupakan..” -Abby Abadi

Pelakon Abby Abadi memuat naik perkongsian mengenai rayuan seorang anak yang berharap agar ibu mereka pulang sejak sebulan menghilangkan diri.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di ruangan Instagram Story, Abby atau nama penuhnya, Arbaiyah Abdul Manan, 46, berkongsi mengenai tangkap layar laporan berita Sinar Harian mengenai empat beradik yang menanti kepulangan ibu mereka sejak ditinggalkan pada 18 Julai lalu.

Namun, apa yang mencuri perhatian adalah, kata-kata yang ditulis Abby menerusi perkongsian tangkap layar tersebut.

“Yang ada anak, anak masih perlukan kasih sayang ditinggalkan pula. Yang masih ada mak bapak, tinggal sekali, jaga dari kecil, belum apa-apa dah dilupaka. Inilah dunia tipu-tipu,” kongsinya.

Sebelum ini media melaporkan, anak sulung Marissa Dania Hakim yang juga anak kepada pasangan pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim dilaporkan meninggal dunia sebaik sahaja dilahirkan.

Menurut sumber Harian Metro, bayi itu meninggal dunia ketika dilahirkan dalam keadaan pra matang selepas Marissa mengadu sakit perut.

Malah, difahamkan juga berita mengenai kejadian itu hanya diketahui oleh Norman dan orang terdekat sahaja.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.