“JPJ dengar sini.. rider tu dh terdesak..”- Motor kena sita, Bekas tentera ‘sekolahkn’ JPJ. Lihat apa terjadi..

Sepang: “Saya akui memang salah saya jadi terima saja hukuman malah anggap apa yang berlaku sebagai pengajaran,” kata penunggang p-hailing, Muhammad Shahrul Shah Abu Bakar.

Kisah Muhammad Shahrul Shah, 26, mendapat perhatian selepas tular gambar dan videonya berjalan sambil menggalas beg makanan selepas motosikalnya dikatakan disita dalam satu sekatan jalan raya.

Ini penjelasan bekas tentera:

Video berdurasi 17 saat itu mengundang simpati warganet dengan segelintirnya mengecam pihak berkuasa seolah tidak bertimbang rasa atas kesalahan dilakukan lelaki berkenaan.

Berkongsi kisah sebenar, Muhammad Shahrul Shah dari Sungai Pelek, di sini berkata, motosikal ditunggangnya ditahan kemudian disita dalam satu operasi di Jalan Persiaran Negeri di Nilai, Negeri Sembilan kira-kira jam 12 tengah hari semalam.

“Ketika itu, saya dalam perjalanan ke tempat kerja kerana syif tengah hari.

“Nak dijadikan cerita, ada operasi sekatan jalan raya dan salah saya kerana cukai jalan sudah tamat tempoh dan tiada insurans.

“Jadi, saya akur, tak melawan malah beri kerjasama dengan serahkan kunci serta motosikal kepada pihak berkuasa untuk disita,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Selepas motosikalnya disita, Muhammad Shahrul Shah terus berjalan kerana sudah meminta bantuan seorang rakan mengambilnya di satu tempat.

“Saya ada baca juga komen netizen, ada yang kata saya jalan sejauh empat kilometer (km) tanpa arah.

“Itu semua tak benar kerana saya tak berjalan sejauh itu dan ketika kejadian saya dalam perjalanan menghantar pesanan pelanggan.

“Tapi mungkin ada yang buat penilaian berdasarkan gambar dan video tular,” katanya.

Muhammad Shahrul Shah berkata, dia tidak sangka kisahnya itu akan tular sehingga mendapat perhatian ramai.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*