Bukan lagu biasa-biasa, Tak sangka jumlah markah Marsha jauh tinggalkan penyanyi lain
Siapa sangka lagu dan nyanyian menusuk hati berjudul, Dihening Rindu yang disampaikan oleh penyanyi Marsha Milan Londoh akhirnya dinobatkan sebagai juara Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL 39).
Lagu ciptaan Ikhwan Fatana dan Wan Salleh melayakkan Marsha membawa pulang wang tunai bernilai RM100,000 bersama trofi dan berjaya menewaskan 10 lagu lain yang bersaing di Axiata Arena, Bukit Jalil.
Dihoskan oleh Naz Rahman dan Sissy Iman, mari kita semak keputusan penuh AJL 39:
•JUARA
Dihening Rindu
Penyanyi: Marsha Milan Londoh
Lirik: Ikhwan Fatana
Komposer: Wan Salleh
• NAIB JUARA
BUKAN LAGI KITA
Penyanyi: Nadeera Zaini
Lirik: Hael Husaini
Komposer: Iqy Hugh
•TEMPAT KETIGA
SAKSAMA
Penyanyi: Akim & The Majistret
Lirik: Bunga Cantik
Komposer: Akim & The Majistret
•VOKAL TERBAIK
AURA
Penyanyi: Ernie Zakri
Lirik: Ernie Zakri
Komposer: Ernie Zakri
•PERSEMBAHAN TERBAIK
PUAS SUDAH
Penyanyi: Aina Abdul
Lirik: Aina Abdul
Komposer: Aina Abdul
Keputusan penilaian 10 buah lagu finalis AJL 39 kali ini dilakukan oleh barisan juri profesional yang diketuai oleh Datuk Edry Abdul Halim.
Penjurian turut dibantu barisan juri profesional yang terdiri daripada Fauziah Latif, Datuk Fauziah Nawi, Datuk Hattan, Dato Ahmad Izham Omar, Ad Samad, LY, Edrie Hashim, Siti Hajar, dan Edry Abdul Halim sebagai ketua juri.
Pengalaman dimiliki Marsha menjadi salah satu faktor menyebabkan lagu nyanyiannya berjudul Hening Rindu dinobatkan sebagai juara Anugerah Juara Lagu ke 39 (AJL39).
Menurut Ketua Juri AJL39 iaitu Edry Abdul Halim, lagu dinyanyikan Marsha itu mempunyai pelbagai dinamik dan teknikal sehingga menyebabkan jurang markah berbeza dengan pemenang tempat kedua iaitu Bukan Lagi Kita dendangan Nadeera.
“Penilaian lagu bukan berdasarkan populariti mahupun penyanyi, namun kita melihat kualiti. Hening Rindu memang layak bergelar juara.
“Saya menilai dari sudat teknikalnya dan juga lagu tersebut ada dinamiknya. Markah juga boleh dikatakan agak jauh iaitu 15 peratus beza dengan Nadeera,” katanya.
Mengulas mengenai vokal terbaik yang menjadi milik Ernie Zakri, Edry berkata penyanyi tersebut mempunyai kelebihan markah di bahagian teknikal.
“Dia banyak markah di bahagian teknikal. Walaupun lagu tersebut tidak mencabar vokal, namun dia tahu nak buat macam mana dan kawalan vokal sangat bagus.
“Bagi vokal, memang kita lihat yang empat wanita iaitu Aina, Nadeera dan Marsha berebut untuk kategori itu. Markah juga tidak jauh beza,” ujarnya.
Antara artis jemputan yang turut membuat persembahan adalah Datuk M Nasir, Syam Visa dan kumpulan Ukays.
Membawa tema Nada Rasa, AJL buat julung kalinya menggandingkan dua pengacara yang lertama kali mengemudi pentas AJL.
Jangan lepaskan perkembangan yang menarik berkenaan AJL39, pastikan anda mengikuti laman sosial Facebook, Twitter, YouTube, dan Instagram @tv3malaysia.
Mari cipta gelombang di media sosial! Gunakan hashtag rasmi #AJL39 #NadaRasa #TerangkatRasa dan kongsi ramalan anda siapakah juara sebenar AJL39.