Pantas, Ini antara tlndakn Jakim selepas tular Gambar lelaki berpakaian wanita di AJL39
Isu beberapa pempengaruh lelaki beragama Islam yang berbusana persis wanita dipandang serius oleh segelintir pihak dan menggesa agar Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengambil tindakan sewajarnya terhadap isu ini.
Susulan itu, pihak JAKIM telah tampil memberikan respon dan memandang serius mengenai isu tersebut. Menurut JAKIM, tindakan mereka itu telah menimbulkan keresahan dan menyentuh sensitiviti agama Islam serta budaya di Malaysia.
Oleh itu, pihak JAKIM telah menghubungi dan memanjangkan perkara ini kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang bertanggungjawab dalam mengawal selia industri komunikasi dan multimedia di negara ini berdasarkan peruntukan undang-undang.
Kata JAKIM dalam satu kenyataan hari ini lagi, mereka akan memanggil pihak yang berkaitan untuk mendapatkan penjelasan lanjut dan mengadakan sesi perbincangan secara tertutup bagi memberikan nasihat dan bimbingan.
“JAKIM menyeru dan menasihati semua pihak agar sentiasa peka, menghormati nilai-nilai serta sensitiviti agama di Malaysia. Perkara ini tidak sepatutnya berlaku dan berharap agar perlakuan seumpama ini tidak berulang lagi pada masa akan datang.”
Harap isu ini dapat dibendung dan perkara sebegini tidak berulang lagi kelak.
Sumber : Facebook JAKIM