Kakak Ahmad Kassan buka cerita sblm arwh pergi selamanya.
Kehilangan orang yang tersayang sememangnya memberika kesan terbesar dalam hidup dan perkara itu dikongsi oleh kakak kepada arwah koreografer legenda Ahmad Kassan yang dikenali sebagai puan Shasmi.
Menurut kakaknya, Ahmad Kassan ada bertemu dengan rakan baiknya namun perwatakkannya masih seperti biasa.
Cuma apa yang menimbulkan rasa tidak sedap hati apabila arwah tidak menjawab panggilan dan tidak hadir ke tempat kerja pada keesokan harinya.
“Arwah ada bertemu sahabatnya iaitu pada jam 10 Rabu malam, mereka macam biasa ketawa ketawa, saya tanya sahabatnya, dia normal tak ada apa-apa.
“Kemudian arwah kata mahu pulang, penat dan nak tidur. Dia balik dan keesokan hari, kawannya menjangkakan dia pergi kerja macam biasa.
“Tetapi tidak, jadi kawannya mula berasa tak sedap hati kerana sudah jam dua petang lalu dia pergi ke rumah arwah.
“Kemudian dia menelefon arwah daripada depan pintu itu, dan terdengar bunyi deringan telefon bimbit di dalam.
“Jadi dia suspek ada sesuatu yang tidak kena, kemudian dia terus telefon adik beradik yang mana pegang kunci dan kami bergegas ke lokasi,” maklumnya.
Kakaknya berkongsi perkara itu menerusi perbualan telefon yang dibuat bersama pengacara popular, Datuk Aznil Hj Nawawi.
Perbualan itu dimuat naik di akaun Instagram Aznil atau lebih mesra disapa Pak Nil hari ini.
Menjelaskan lebih lanjut, kakaknya berkata mereka menemui adiknya itu dalam keadaan kaku di atas katil di dalam biliknya.
“Kita dapat buka pintu sekitar jam 10 malam, salah seorang adik beradik kamu dah buka pintu dan masuk dalam bilik.
“Dekat katilnya dia sudah terbaring kaku… Dah tak ada lagi, kemudian kami terus menghubungi pihak Polis untuk pengesahan,” jelasnya.
Dalam pada itu, kakaknya juga memberitahu Ahmad Kassan menghidap penyakit diabetis sejak 15 tahun lalu.
Disebabkan penyakit itu juga, adiknya mengalami penyusutan berat badan dengan cepat dan agak ketara.
“Daripada ubat-ubat yang dia makan itulah kita dapat tahu dia ada diabetis. Doktor sudah kasi pengesahan dalam sijil kematian.
“Sudah 15 tahun dia sakit diabetis, dia punya penurunan berat badan juga sangat drastik selepas Covid. Kita reda…” ujarnya sebak.
Sumber : Gempak
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.