Masih ingat pelakon Khaty Azean?, Lihat apa terjadi padanya sekarang..

SEPANJANG karier yang menjangkau 40 tahun sebagai anak seni, ini detik yang paling sukar dilalui pelakon Khaty Azean, 55.

Khaty Azean atau nama sebenarnya Norazian Salehan yang mula terbabit dalam lakonan sejak 1983 berkata, penularan pandemik Covid-19 membuatkan peluangnya mencari rezeki sedikit tertutup apabila kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang kini masuk fasa ketiga.

“Saya mula dikenali sejak berlakon siri Opah pada pertengahan 1980-an dan alhamdulillah sampai sekarang masih dapat terus ‘mencari makan’ dalam bidang seni.

“Biarpun industri dipenuhi muka baharu, rezeki masih menyebelahi saya dan nama saya kekal diingati peminat pertengahan usia dan golongan muda.

“Orang masih kenal saya sebagai Khaty serta drama Cinta Cinderella. Tahun lalu, saya mencuri perhatian menerusi drama Dosa-Dosa Semalam dan Bicara Cinta,” katanya.

Lakonan Khaty Azean kini boleh ditonton menerusi drama 28 episod berjudul Hatimu Sedingin Salju yang kini ditayangkan TV3.

“Saya bersyukur dihargai kerana bayarannya memuaskan. Cuma, saya tak boleh lagi kejar berlakon sana sini seperti dulu kerana cepat penat.

“Namun, saya takkan berhenti berlakon selagi orang mahukan saya. Sekarang saya terbabit dengan drama Kisah Cinta Kita sebanyak 28 episod untuk TV3.

“Tapi, penggambarannya tergendala seketika akibat PKP,” katanya yang memegang prinsip tidak mahu terlalu ‘demand’ ketika bekerja supaya semua pihak berpuas hati.

Menurutnya, tidak ramai juga yang mengetahui selain berlakon dia turut mengacara program karnival serta pelancaran produk dan menyanyi.

 

Produk jenama sendiri

Ketika tawaran berlakon tertutup akibat PKP, Khaty Azean bersyukur apabila ada individu yang menghasilkan produk kecantikan untuknya.

“Produk dikenali Anje Cosmetic by Khaty Azian ini baharu diperkenalkan pada 28 Jun lalu. Anje adalah nama panggilan kawan-kawan rapat kepada saya.

“Antara produk lain dihasilkan ialah cleansing rice & milk (beras pulut dan susu), foundation (coconut oil, abstrak mix fruit dan jus aloe vera) dan lipmatte (coconut oil).

“Saya bersyukur individu ini bantu keluarkan modal untuk bisnes ini. Nak harap duit saya sendiri, jujurnya memang tiada,” katanya.

Menurut Khaty, tawaran berlakonnya memang ada, tapi tertangguh akibat PKP, sekali gus menyaksikan dia hilang pendapatan.

“Dulu saya dah cuba jual makanan. Tapi, harga barang mentah sekarang mahal dan agak ramai yang meniaga makanan. Jadi, saya hentikan walaupun ada permintaan.

“Alhamdullillah, kawan-kawan juga menyokong perniagaan saya. Dah ada beberapa ejen yang nak bantu promosikan sambil mereka pun dapat menjana pendapatan.

“Sekurang-kurangnya sambil saya jana pendapatan sendiri, dapat juga bantu orang lain tambah pendapatan mereka” katanya.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.