Kalau fikir tentang arwah Abam, selesaikan dengan cara baik – Achey

Pelawak Achey memaklumkan, dia dan rakannya Fad dari kumpulan Bocey sukar untuk masuk campur dalam urusan membabitkan balu arwah Abam iaitu Hidayah dan rakan mereka, Ali Puteh.

Menurutnya, sepanjang kemelut itu bermula, mereka berdua ‘angkat tangan’ sehinggalah perkara ini selesai.

“Kami akan pastikan ia betul-betul selesai. Sekiranya ia belum selesai, ia akan ada rasa kucar kacir di situ. Dia akan ada rasa macam, sebelah sini akan kata kita memihak sebelah sana.

“Manakala sebelah sana kata kami memihak sebelah sini. Jadi saya dan Fad akan berdiam diri hanya berdoa dari jauh. Untuk kita nak membantu atau sebagainya menziarah, itu semuanya akan tunggu semuanya selesai.

“Lama macam manapun kita tunggu selesai. Kita tak nak ada perkara kerana saya dan Fad orang luar. Hal yang diuruskan adalah hal keluarga. Siapa kami untuk masuk campur,” katanya ditemui pada Grand Iftar Majlis Meraikan Asnaf anjuran GNI Pharma Sdn Bhd, di sebuah hotel, di Petaling Jaya, semalam.

Acheh berkata, mereka mengambil inisiatif mendoakan dari jauh agar perkara ini selesai dengan baik dan bukannya berdiam diri.

“Kalau selesai sahaja, insya-Allah macam-macam dah kami sediakan. Kalau pihak sana setuju untuk kita hadir, iyalah anak kawan kita, naklah ada sedikit hasil itu ke arah dia.

“Sebenarnya semenjak seminggu selepas kami cuba menyelesaikan secara peribadi dengan mereka berdua, tapi tak berjaya, jadi kita angkat kaki dan selesaikanlah elok-elok.

“Sebab itu bila ada pertanyaan-pertanyaan kenapa tak bantu balu Abam atau Ali, kami hanya boleh tahu itu hal keluarga dan kita tak boleh masuk campur. Jauh sekali,” katanya.

Menurutnya mereka hanyalah adik-beradik dalam industri dan hanya akan membantu apabila diperlukan. “Tapi setakat ini masing-masing okey. Mereka tanya tanya dan kami pun tak tanya. Okeylah…kalau kita nak pergi sebelah sini dan sana tak manislah. Kita tunggulah sampai mereka betul-betul okey.

“Kalau tanya saya, untuk Aidilfitri yang bakal menjelang, sudah-sudahlah. Sebab apa, anak-anak pun dah mula faham. Mereka dah mula membesar.

“Kita tak nak anak-anak faham apa itu sifat benci. Kalau boleh dia ada sifat yang okey sebab itu adalah darah daging. Jauh atau dekat, selesaikanlah elok-elok. Saya hanya boleh cakap macam ini sahaja,” katanya.

Achey berkata, dia sendiri sudah penat, apatah lagi arwah Abam yang sudah tiada.

“Bayangkan betapa penatnya arwah kalau kes ini tak selesai. Kalau kedua-duanya memikirkan tentang arwah, tolong hentikan. Itu sahaja.

“Pesanan saya kepada mereka, kalau memikirkan tentang arwah, selesaikan cara baik dan elok. Jangan diuar-uarkan, tahu-tahu selesai saja.

“Kalau boleh secepat mungkin. Saya pun nak beraya di Sungai Besar juga, nak beraya di Gombak juga. Ini kalau beraya di mana dan nak ambil gambar dah jadi serba salah. Sampai bila nak ada perasaan itu?,” katanya.

Terdahulu, Ali Puteh baru-baru ini membayar hutang sebanyak RM75,486.48 termasuk faedah kepada kakak iparnya, Hidayah.

Namun Hidayah membuat kejutan apabila memuat naik satu status di media sosial dengan nada mengeluh menyatakan bahawa ada lagi isu yang masih belum selesai.

Dia memuat naik surat mahkamah yang tertera namanya sebagai defendan manakala kakak iparnya, Sharifah Norwahidah sebagai plaintif.

Selain Norhidayah, nama Syed Mohd Ridzuan, Syed Ali Mubarak, Mohd Abdul Wahab dan Syed Uthman Hamzah juga disenaraikan sebagai defendan. Hidayah difahamkan akan mendedahkan perkara terbabit dalam masa terdekat.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*