(VIDEO) “Kalau nak sy Turun , Bagi balik duit Tu..” Tamat sudah Perhimpunan Turun Anwar, Sekali Ini respon PMX

PUTRAJAYA, 24 Julai 2025 — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan perhimpunan “Turun Anwar” anjuran pembangkang di sekitar Dataran Merdeka semalam sebagai kempen menanam kebencian tanpa mengangkat isu sebenar rakyat.

Menurut Anwar, beliau meneliti semua slogan dan tuntutan yang dibawa penganjur, namun tidak menemui sebarang perbahasan berkait ekonomi, pendidikan, perpaduan atau kestabilan negara.

@jason.yew “Pembangkang kata harga minyak turun 6 sen je, padahal nanti rakyat bayar RM1.99 seliter, orang asing RM2.60 seliter.” – PM @Anwar Ibrahim #hargaminyakturun #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #anwaribrahim #KeadilanUntukSemua ♬ original sound – JASON Update

“Yang ada cuma ‘Turun Anwar’. Saya baru turun padang di Muar, minggu depan ke Kelantan. Kerajaan tetap bekerja,” katanya pada Seminar Pemantapan Organisasi PKR di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya hari ini.

Ditanya mengapa demonstrasi tetap diadakan ketika kerajaan memperkenal pelbagai inisiatif, Anwar menegaskan Malaysia menjamin kebebasan berhimpun, tetapi menempelak naratif yang dianggap tidak berfakta.

- IKLAN -

“Ada peserta mendakwa harga minyak naik sedangkan ia turun. Ini sentimen politik kebencian, bukan isu asas. Rakyat boleh menilai dan kami sedia memperbaiki kelemahan,” ujarnya.

Sedia hadapi usul undi tidak percaya

Mengulas kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin yang membayangkan akan membawa usul undi tidak percaya, Anwar menyambut baik langkah tersebut:

“Silakan. Parlimen platform paling tepat. Usul ini disebut‑sebut sejak tiga tahun lalu; jika mahu, kemukakan kepada Speaker.”

Hamzah semalam memaklumkan usul berkenaan akan dipertimbang untuk diserahkan kepada Yang di‑Pertua Dewan Rakyat Datuk Seri Johari Abdul dalam masa terdekat.

Bagaimanapun Setiausaha Agung PAS Datuk Seri Takiyuddin Hassan menyatakan blok itu belum bercadang membawa usul berkenaan, dengan menambah undi tidak percaya juga boleh dizahirkan oleh rakyat melalui pilihan raya akan datang.

Catatan penjawat awam tentang PMX, ‘kami nampak siapa buat kerja, siapa adu domba’

Catatan dari seorang penjawat awam tentang PMX

Hari itu aku ada berbual dengan seorang rakan yang juga merupakan anggota Pas sejati dari dulu. Kami berbual santai mulanya, tapi kemudian topik perbualan kami berpindah kepada isu-isu semasa.

Dalam kesempatan itu, aku bertanyakan pada dia apakah kerajaan hari ini bertindak secara sepatutnya dalam beberapa dasar, dan apa kejayaan PMX sebagai ketua kerajaan dan perdana menteri yang kau nampak paling berjaya.

“Tak pasti bro, tapi yang aku nampak dia berjaya popularkan perkataan ‘ketimbang’ dan ‘potensi’”, kata beliau spontan.

Aku pun macam terpaku sekejap (sambil ketawa) sebab aku rasa dia antara kawan aku yang paling pandai.

Beliau graduan Universiti Al Azhar dan sekarang salah seorang tenaga pengajar di sebuah pondok di utara tanah air.

Namun, respon sinikal seperti itu buat aku terfikir dan risau dengan keadaan negara di masa hadapan sekiranya tahap pendidikan politik di negara ini jauh merudum berbanding rakan-rakan dari negara jiran seperti Indonesia dan Thailand.

Namun, aku tak putus asa, dan aku sambung mengasak beliau dengan soalan seterusnya.

“Kau ingat tak dulu masa mula-mula PMX usulkan untuk menarik semula subsidi ayam dan telur?”.

Dia respon, “ya, ingat je semua kezaliman Anwar, sedangkan ayam dan telur dikira makanan basic juga di Malaysia, pun dia sanggup tarik”.

Aku jawab, “ya, betul tapi bukankah PN dan cybertroopers mereka mati-mati kata harga kedua-dua makanan asas tersebut akan naik mendadak sekiranya ditarik subsidi? Tapi hari ini bekalan ayam dan telur stabil, dan harga kekal rendah. Kadi macam mana keadaan sebenar hari ini jauh menyimpang dari dakwaan Pas dulu?”.

Aku lihat muka dia berkerut, dan seolah gelisah memikir jawapan balas kepada aku.

“So, kau tak ada jawapan kenapa?”, aku terus mengasak. “Cuba kau semak balik kenyataan PMX atau Mat Sabu (menteri yang bertanggungjawab jaga ayam dan telur) masa mula-mula mereka mencadangkan perkara tersebut”.

Biar aku senaraikan di sini.

1 Sejak tahun 2022, kerajaan telah membelanjakan sekitar RM3.7–RM3.8 bilion untuk subsidi ayam dan telur, namun ia turut dinikmati oleh golongan yang tidak layak seperti warga asing dan golongan berpendapatan tinggi.

2 Harga pasaran ayam dan telur telah stabil dan berada di bawah harga siling, menjadikan kawalan harga sudah tidak lagi relevan.

3 Pelaksanaan harga apungan membolehkan pasaran berfungsi secara bebas, dan menggalak pembekal serta peniaga bersaing kadar harga yang akhirnya menguntungkan pengguna iaitu rakyat.

4 Penjimatan hasil rasionalisasi subsidi ini akan disalurkan semula kepada program bantuan bersasar, seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang lebih memberi manfaat kepada golongan B40.

Jadi kesimpulannya, bila ada kuasa, inilah yang sepatutnya dilakukan, iaitu menyemak semula dasar-dasar lama yang tak lagi efektif untuk keadaan dan tuntutan ekonomi semasa. Bukan pertahan secara semberono.

Sumber – Malaysiakini, HPDaily