Kronologi Kes Langgar Lari SMK Jati

Tular kini di media sosial kes langgar lari SMK Jati yang mana mendapati seorang mangsa telah meninggal dunia. Berikutan berita tersebut yang berlaku pada hari jumaat sewaktu persekolahan telah menggemparkan pelbagai pihak.

Apa yang mengejutkan lagi bahawa mangsa yang dilanggar masih lengkap berpakaian sukan sekolah dilihat tidak bermaya diatas jalan berhadapan sekolah terbabit. Dikatakan pelanggaran ini berlaku akibat ketidakpuasan hati pemandu berkenaan dengan sikap mangsa yang membuat bunyi bising ekszos.

Berkenaan Kes Langgar Lari SMK Jati

Siapakah Mangsa Pelajar SPM yang Maut Dilanggar?

Kes Langgar Lari SMK Jati

Mangsa adalah bernama, Muhammad Zaharif Affendi Muhammad Zamri, 17 tahun adalah merupakan pelajar bakal SPM tahun hadapan di Sekolah Menengah Kebangsaan(SMK) Jati. Beliau adalah merupakan seorang anak bongsu dari empat beradik.

Siapakah Suspek Kes Langgar Lari SMK Jati?

Suspek adalah Mohd Nazri Bin Abdul Razak, merupakan seorang pegawai kanan polis dan berusia 44 tahun. Beliau adalah seorang pegawai dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Kedah. Dikatan, Isterinya adalah seorang guru di sekolah tersebut. Suspek memiliki kereta Perodua Ativa yang kini disiasat oleh pihak Polis menurut seksyen 41 (1) akta pengangkutan jalan 1987 dan kes kesalahan melibatkan membunuh di bawah seksyen 302 kanun keseksaan.

Kronologi Kes Langgar Lari SMK Jati

Kes Langgar Lari SMK Jati

Pelajar SPM maut selepas motosikal ditunggangnya telah dilanggar oleh sebuah kereta berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan(SMK) Jati di Meru. Menurut kejadian yang berlaku kira-kira jam 12:30 hari itu, mangsa adalah calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) Muhammad Zaharif Affendi Muhammad Zamri, 17 tahun telah meninggal dunia di tempat kejadian selepas dipercayai diseret kereta yang dilanggar sejauh lebih 5 meter.

Berikut adalah kronologi kes langgr lari SMK Jati:

Pukul 12.30 Tengahari

Difahamkan kejadian itu berlaku selepas pemandu kereta Perodua Ativa yang berusia 44 tahun dikatakan tidak berpuas hati dengan tindakan mangsa yang membuat bunyi bising ekzos ketika mangsa dalam perjalanan pulang dari sekolah di SMK Jati bersama tunggangan motosikal jenis Yamaha.

Daripada ketidakpuasan hati itu dikatakan suspek telah terdorong dengan kereta berkenaan bertindak mengejar motosikal ditunggang remaja tersebut sejauh kira-kira 1 km sebelum melanggarnya dari sudut belakang.

Disebabkan pelanggaran itu mangsa yang masih lengkap berpakaian sukan sekolah dipercayai terjatuh dari motosikal dan telah diseret oleh kenderaan terbabit sejauh lebih 5 meter.

Kes Langgar Lari SMK Jati

Menurut saksi kejadian memaklumkan bahawa pemandu kereta berkenaan kemudian dikatakan berpatah balik ke lokasi bagi melihat keadaan masa sebelum segera beredar apabila menyedari kehadiran orang ramai.

Selepas pelajar tersebut dilanggar kebetulan kakaknya yang baru sahaja tiba di kawasan sekolah untuk menghantar anak telah dimaklumkan bahawa adik bangsanya telah dilanggar kenderaan. Tanpa berfikir panjang lalu kakaknya segera mendapatkannya yang dikerumuni oleh orang ramai.

Kes Langgar Lari SMK Jati

Kakaknya,Zawani, 28 tahun adalah merupakan seorang Jururawat telah memangku kepalanya dan mendapati beliau masih bernyawa dan cuba menyelamatkannya dengan memberi bantuan pernafasan (CPR) namun tiada tindak balas.

Melihat keadaan itu, seorang ustaz yang mengajar di sekolah tersebut membantu adik mengucap ayahnya juga melakukan perkara yang sama sebelum beliau menghembuskan nafas terakhir.

Walaubagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dengan mayatnya dihantar ke hospital raja permaisuri bainun untuk dibedah siasah.

Hasil tinjauan dari Jabatan Forensik mendapati ahli keluarga mangsa telah tiba di situ sementara menunggu proses bedah siasat selesai. Menurut Pengarah Pendidikan Negeri, Datuk Muhammad Fauzi Mahson turut dilihat hadir ke jabatan forensik berkenaan untuk menzahirkan rasa dukacita atas kejadian itu terhadap keluarga pelajar yang terkesan.

Pukul 6.30 Petang

Jenazah mangsa telah dibawa keluar dari HRPB Ipoh sekitar jam 6.30 petang untuk urusan pengebumian.

Pukul 10 Malam

Susulan hari kes itu pegawai kanan polis telah ditahan berhubung kemalangan yang mengakibatkan kematian pelajar spm tersebut. Menurut ketua polis daerah ipoh assistant commissioner yahaya hassan telah berkata pegawai dari polis pdrm continjan kedah itu ditahan dan akan menjalani proses permohonan reman bermula hari ini bagi siasatan lanjut.

Kes akan disiasat mengikut seksyen 41 (1) akta pengangkutan jalan 1987 dan kes kesalahan melibatkan membunuh di bawah seksyen 302 kanun keseksaan.

Hasil kes mendapati kematian mangsa disebabkan oleh kecederaan bahagian dada dan epidormen akibat kemalangan jalan raya.

Tegas pihak pdrm tidak akan melindungi sesiapa termasuk pegawainya sendiri seandainya mempunyai bukti yang kukuh. Orang awam diminta untuk tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan atau boleh menimbulkan sebarang kerisauan awam.

Polis juga meminta kepada orang awam yang mengetahui atau menyaksikan kejadian tersebut untuk menghubungi pegawai penyiasat kes inspektor jong pit chiao di talian 016-8849163.

Kredit- sistemguruonline.my

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*