Kata2 akhir permaisuri pahang buat ramai sebak lagi2 dgr bab tali gntung
Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bertitah kepada pelajar-pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) supayamengambil iktibar daripada kes buli yang berlaku di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) tujuh tahun lalu.
Menerusi video tersebut, baginda menasihati para pelajar baharu yang memasuki universiti untuk berkelakuan baik antara satu sama lain dan mengelakkan diri daripada mengakhiri kehidupan
dengan hukuman gantung.
Baginda turut berpesan agar tidak mengulangi kesilapan yang sama dan sentiasa berbaik dengan semua orang seperti adik-beradik demi kebaikan bersama.
“Saya ingin menasihat kepada semua pelajar baharu, baru-baru ini anda telah membaca dalam surat khabar mengenai kejadian di UPNM tujuh tahun lalu. Saya harap kita mengambil iktibar daripada kejadian tersebut kerana sia-sia sahaja awak masuk universiti dan lepas itu ke tali gantung.
“Jadi saya harap semua jangan lakukan begitu ya.
Anggap semua orang sebagai adik-beradik dan saya sebagai seorang ibu. Saya menasihati kalian semua untuk kebaikan,” titah baginda.
Tunku Azizah menitahkan nasihat tersebut kepada 5,066 pelajar baharu Pusat Asasi UIAM dalam
Majlis Bai ah atau Lafaz Ikrar Pelajar Baharu di
Pusat Asasi UIAM Kampus Gambang baru-baru ini.
Di kesempatan itu, Tunku Azizah yang juga merupakan Ketua Perlembagaan UIAM turut
menzahirkan ucapan tahniah kepada para pelajar yang berjaya mendaftar.
Sumber : gempak
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.