SUHAKAM bantah hukvman buat 6 pesalah kes Zulfarhan

Pihak SUHAKAM bantah hukuman buat enam pesalah kes pembunuhan pegawai kadet laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Zulfarhan Osman Zulkarnain selepas masing-masing dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh mahkamah rayuan.

Mohon kerajaan pertimbangkan semula perlaksanaan hukuman mati
Menerusi kenyataan yang dibuat oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM), mereka meminta agar pihak kerajaan mempertimbangkan semula pelaksanaan hukuman mati dan berusaha ke arah sistem keadilan lebih saksama dan berperikemanusiaan untuk semua.

SUHAKAM bantah hukuman buat pesalah Zulfarhan, tapi masih bersama keluarga mangsa


Namun begitu, pihak SUHAKAM tetap bersama keluarga mangsa dan memahami kesedihan yang dihadapi oleh mereka lebih-lebih lagi jenayah yang berlaku cukup serius walaupun berpandangan hukuman mati bukan penyelesaian adil atau berkesan.

“SUHAKAM mengucapkan takziah kepada keluarga Zulfarhan dan maklum akan keputusan Mahkamah Rayuan, baru-baru ini.
“Namun gantung sampai mati adalah hukuman yang tidak boleh diubah dan tidak memungkinkan berlakunya pemulihan sekiranya ada kesilapan kehakiman.

“Ia juga bertentangan dengan gerakan global ke arah pemansuhan hukuman mati yang diakui banyak negara sebagai tidak berperikemanusiaan dan melanggar hak asasi manusia,” katanya.

Artikel lain: “Kita hanya mampu berusaha, Allah penentu segalanya” – Penulis surat layang kes Zulfarhan

SUHAKAM bantah hukuman buat pesalah, anggap detik menyedihkan
Keputusan Mahkamah Rayuan yang menjatuhkan hukuman gantung sampai mati kepada enam pesalah kes pembunuhan Zulfarhan itu telah dipersetujui sebulat suara oleh tiga panel hakim yang dipengerusikan oleh Datuk Hadhariah Syed Ismail bersama Mohamed Zaini Mazlan dan Datuk Azmi Ariffin.

SUHAKAM menganggap keputusan Mahkamah Rayuan dalam membenarkan permohonan pihak pendakwaan bagi mengekalkan pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaaan sebagai satu detik menyedihkan serti penting dalam sejarah kehakiman Malaysia.

“Dalam konteks ini, penting untuk menekankan aspek pemulihan kerana cara itu boleh membawa perubahan kepada pesalah menjadi masyarakat yang lebih bertanggungjawab.

“Pendekatan ini bukan sahaja menangani punca kelakuan ganas terbabit tetapi juga membantu mencegah kejadian sama pada masa depan dengan menggalakkan persefahaman, empati dan tanggungjawab sosial dalam kalangan pesalah.

“Komitmen kami terhadap hak asasi manusia memberi mandat buat kami menyokong pemansuhan hukuman mati,” katanya.
SUHAKAM bantah hukuman

Terdahulu, Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali yang masing-masing berusia 28 tahun telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati susulan kematian Zulfarhan Osman pada 1 Jun 2017.

Difahamkan, mereka merupakan suspek utama kes pembunuhan tersebut apabila membuli mangsa sehingga mendatangkan kecederaan serius dihampir keseluruhan anggota badan dengan menggunakan beberapa objek seperti seterika wap, tali pinggang, getah paip dan penyangkut baju.

Sumber: Facebook SUHAKAM

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.