Adik syakir Menangis tiada kawan makan biskut ibunya.. Sekali Ini tindakan guru buat ramai sebak

Jamuan kelas sering diadakan di sekolah semasa musim perayaan

Kebiasaannya, guru kelas akan membahagikan tugas kepada setiap murid untuk membawa makanan supaya dapat makan bersama-sama. Ada yang bawa kuih raya, lauk, makanan ringan dan sebagainya.

Namun, baru-baru ini tular sebuah insiden yang memaparkan seorang anak murid menangis kerana tiada yang makan kuihnya telah mencuri tumpuan.

VIDEO:

Menangis sedih sebab tak ada orang nak makan kuih raya

Apabila ditanya cikgu, dia meluahkan tak ada rakan makan biskut raya yang dibawa. Lebih menarik perhatian lagi adalah apabila cikgunya memujuk dengan menyuruh adik Syakir membuka kuih rayanya.

Cikgu itu juga menjemput semua anak muridnya makan kuih raya yang dibawa Syakir. Situasi itu membuatkan ramai sebak.

“Terima kasih cikgu sebab pandai ambil hati murid. Sesiapa pun akan sedih bila apa yang kita bawa tak dimakan. Apa pun terbaik cikgunya!” – Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 4M tontonan, 500K tanda suka dan 26K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:




sumber: says

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.