Tk hadir mahkamah sakit mata tp boleh pergi langkawi, sekali Ini ayat padu Sarah

Peguam mewakili Puteri Sarah Liyana, Datuk Akberdin Abdul Kader memaklumkan aktres itu tidak dapat hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam bagi prosiding injuksi hari ini disebabkan masalah kesihatan.

Sarah sakit mata

Ketika ditemui Oh Bulan! Akberdin berkata pemilik nama penuh Puteri Sarah Liyana Kamarudin, 38, telah mengalami sakit mata.

Puteri Sarah tak dapat hadir harini dia kurang sihat kerana ada malasah sakit mata.

Syamsul kerja

Sementara itu, peguam syarie Azmi Mohd. Rais yang mewakili Syamsul Yusof ketika ditemui selepas prosiding hari ini turut memaklumkan pengarah itu tidak dapat hadir disebabkan sibuk dengan urusan kerja industri.

Syamsul tak dapat sebab terlibat dengan kerja-kerja industri.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam menetapkan 14 Ogos depan sebagai tarikh keputusan injuksi (inter-parte) yang difailkan pengarah sensasi, Syamsul Yusof terhadap isteri pertamanya yang juga pelakon, Puteri Sarah.

Mahkamah turut memerintahkan kedua-dua pihak memasukkan hujahan sebelum tarikh tersebut.

Dalam pada itu, Akberdin turut memaklumkan anak guamnya ada memfailkan bantahan terhadap injunksi berkenaan.

Ketika ditanya antara sebab anak guamnya membantah injunksi yang dikemukakan suaminya antaranya membabitkan kebebasan bersuara.

Pada 25 Mei lalu, permohonan pengarah kontroversi, Syamsul Yusof melanjutkan perintah injunksi terhadap isteri pertama, Puteri Sarah Liyana, diluluskan Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor.

Terdahulu, mahkamah meluluskan permohonan Syamsul melanjutkan tempoh masa perintah ex-parte bertarikh 27 April berdasarkan Seksyen 238 Enakmen Tatacara Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 dengan pindaan kepada perintah ex-parte terbabit.

Mahkamah Tinggi Syariah antara lain memerintahkan Puteri Sarah dihalang  mengeluarkan, memuat naik, menyiarkan, menulis, menerbitkan, menyebarkan, mengedarkan, menghebahkan atau menyalurkan apa-apa kenyataan, tulisan fitnah, maklumat, komen, gambar dan atau klip video di mana-mana laman media sosial, media cetak mahupun media elektronik.

Video

@ohbulanofficial Get well soon Puteri Sarah 🫶🫶#ohbulan #fyp #news ♬ original sound – OHBULAN!

Kehadiran pelakon Puteri Sarah Liyana ke majlis pernikahan pasangan selebriti sensasi, Janna Nick dan Dini Schatzmann di Langkawi hari ini, menerima pandangan pelbagai peminat.

Ada dikalangan mereka mempertikaikan kehadiran Puteri Sarah pada majlis berkenaan sedangkan dia gagal ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor untuk memfailkan jawapan afidavit terhadap permohonan lanjutan injuksi yang dibuat suaminya, Syamsul Yusof pada 8 Jun lalu atas alasan sakit mata.

“Kata sakit mata tak boleh datang mahkamah. Ni elok saja,” tulis seorang warga maya.

Komen ini mendapat respon Puteri Sarah yang membalas dengan jawapan tersendiri.

“Ya memang hari itu sakit mata. Dah lima hari. So sakit mata tak akan sembuh ke? Kena sakit mata sampai kiamat,” tulisnya sinis dengan disertai dengan emoji ketawa.

Bagaimanapun rata-rata pengikut Puteri Sarah menyambut positif perkongsian gambarnya bersama pasangan suami isteri terbabit.

Sarah, 37, berkongsi perasaannya menerusi Instagram apabila menulis kata-kata yang menyentuh perasaan.

“Terima kasih atas persahabatan indah yang kita kongsikan. Saya berbesar hati untuk melihat kamu berkahwin dengan orang istimewa buat kamu.

“Dan saya mendoakan kamu berdua hidup bahagia selama-lamanya,” tulisnya yang melahirkan perasaan teruja melihat pasangan itu.

Terdahulu Janna atau nama sebenarnya, Nurul Jannah Muner, 28, dan Dini atau Muhamad Dini Azan Schatzmann, 29, selamat melangsungkan pernikahan dalam satu majlis tertutup di Langkawi, jam 8.35 pagi ini.

Selain Puteri Sarah, rakan-rakan artis lain yang hadir antaranya Izzue Islam, Nora Danish, Ain Edruce, Nadia Brian, Mawar Rashid dan Dayah Bakar.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*