“Kami reda.. Ibu msih tk stabil..”- Tak smpi 24 jam anak dikebumikn, Ini pula brlaku dgn Ibu arwh Farah Kartini..

Kehilangan insan yang tersayang merupakan satu perkara yang terlalu menyedihkan bagi semua orang. Bertahan dan terus kuat menjalani hidup selepas pemergian mereka bukanlah satu hal yang mudah.

Itulah apa yang dialami sekarang oleh ibu kepada Allahyarham Nur Farah Kartini Abdullah yang ditemukan mati dibunuh di ladang kelapa sawit Kampung Sri Keledang, Hulu Selangor, Isnin lalu.

Salmah Abdullah melepaskan kerinduan terhadap anak bongsu dan satu-satunya anak perempuan tunggal apabila meluangkan masa di kubur arwah di Tanah Perkuburan Islam Kampung Nyiur Manis, pagi tadi.

@utusantvofficial Replying to @zainioffical0 . 18 JUL 24: Al-Fatihah. 📽 UtusanTV. #upsi #pekanpahang #farahkartini #trendingnewsmalaysia #fyp #beritaditiktok ♬ Untuk Terakhir Kali Kulihat Wajahmu – Ercandra

Menurut abang arwah, Mohd Farizza Amir Abdullah, 28, buat masa ini emosi ibunya masih tidak stabil.

“Pagi ini abang saya membawa ibu ke kubur untuk menziarahi kubur arwah adik. Emosi ibu masih tidak ok tetapi kami reda.

“Esok, kami mungkin pulang tetapi ibu akan berada di rumah saya di Seri Kembangan, Selangor.

“Tidak pasti bila ibu akan pulang ke Miri, Sarawak,” katanya.

Sementara itu, Mohd Farriza mengucapkan terima kasih atas kerjasama dan bantuan yang diberikan semua pihak sepanjang urusan pengebumian adiknya.

“Saya reda dengan segala yang berlaku. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh,” katanya.

Jenazah Nur Farah Kartini selamat disemadikan kira-kira 5 petang semalam. Ramai dilihat hadir mengiringi upacara pengebumian arwah termasuklah wakil Kerajaan Negeri Pahang.

Sumber: Harian Metro

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.