Black Hanifah Kongsi Video Setiap Ruang Rumahnya Buat Ramai Kagum. Wah Tenang Tengok Suasana Rumah Black. Cantiknya Rumah Black. Hebat Lah Takde Maid, Tapi Rumah Kemas Dan Bersih Macam Ni !!

Siapa tidak mengenali Hanifah Muhammad Hanafiah atau lebih dikenali sebagai dengan nama Black. Black adalah seorang penyanyi yang memiliki suara yang lunak dan merdu. Boleh dikatakan lagu-lagu Black sering kali mendapat pujian daripada peminatnya.

Selain bergelar seorang penyanyi, Black juga menceburi pelbagai bidang lain dan antaranya adalah menjalani perniagaan. Terbaru, meninjau di akaun Instagram Black telah dikongsikan satu video yang memaparkan keadaan  di rumah Black.

Menerusi video tersebut, Black berkongsi setiap ruang di dalam rumahnya dan halaman di hadapan serta belakang rumah. Kelihatan rumah Black begitu kemas serta bersih terutamanya ruang dapur. Perkongsian video ini telah mencur1 perhatian warganet.

Ada yang mengatakan melihat suasana rumah Black merasa tenang lebih-lebih lagi pada ruangan halaman rehat mereka yang ada taman mini. Ruang taman itu berdekatan dengan dapur dan pelbagai pokok ditanam di sekeliling pagar rumah. Sehingga kini, video yang dikongsikan oleh Black menerima lebih 9 ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.

Tonton perkongsian video di bawah :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hanifah Black (@black.hanifah)

Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini memuji rumah Black kelihatan kemas serta cantik. Antara komen-komen menarik adalah :

” Cantiknya setiap ruang, nampak kemas. Sejuk mata memandang.. Jiwa rasa tenang.. Hehe.. Doakan sy ada rezeki mcm nih..  “

” Saya suka suasana rmh mcm ni..  Dapur tu nampak paling bersih dan tenang.. Smg suatu hr ada rezki milikinye jg, amin.. “

” Betul tp memang perlu sama2 bertanggungjawab untuk jaga.. Baru tak lah wife tu sorang2 je yg penat, bila dia penat tu yg dia tak jadi manusia huhuhu.. Seronoknya bila rumah kemas je 24 jam mcm ni.. “

” Saya kagum dgn susun atur ruang dgn penuh ketelitian dan sgt cantik. Alhamdulillah rezeki Black sekeluarga.. Moga terus murah rezeki.. “

” Cantiknya umah.. Area mana ni.. Rumah bersih bau wangi best kan. Syurga dunia.. Semua orang impikan rumah yang mendamaikan.. “

” Herlok kemaih rumah depaa.. Kalau tak ada maid kira hebat sgt ni.. Jiwa seni betul Black, tgk setiap sudut sudah lah, pelbagai deco.. “

” Betul la tu.. Dah duduk sama2.. Sama2 la jaga.. Tak boleh harapkan sorang je utk buat semua kerja rumah.. Baru la harmoni dan sentiasa kemas.. “

Bersih sungguh dalam dan luar rumah Black, nampak kemas. Patut lah ramai yang memujinya. Apa-apa pun perkongsian oleh Black ini sangat menarik dan sedikit sebanyak dapat lah membantu jika ada yang mahu menjadikan ilham untuk mendekorasi ruang di rumah mereka.

Sumber : IG black.hanifah

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*