Jalani IVF Sejak 2019 & Pernah Buang Tiub Fallopio, Fila Akhirnya Disahkan Hamil

Sejak mendirikan rumah tangga pada tahun 2019, kehidupan personaliti media sosial dan juga usahawan madu, Fila Amir serta suaminya, Adama Muhamed Camara sering menjadi perhatian netizen. Ia termasuklah dengan urusan zuriat yang mana sebelum ini, ada mulut-mulut lancang pernah menuduh  Fila enggan hamil kononnya kerana hendak menjaga badan.

Bismillah…Berdebar-debar…Hari yg kami tunggu-tunggu, excited dan nervous

Namun sebentar tadi, wanita tersebut berkongsikan sebuah berita gembira di Instagram mereka. Setelah berusaha menjalani rawatan IVF sejak tahun 2019 lagi, akhirnya Fila disahkan hamil untuk kali pertama. Perjalanan mereka untuk merasai nikmat indah berkenaan bukanlah sebuah hal yang mudah, apalagi prosedur rawatan kesuburan itu pernah gagal sebelum-sebelum ini.

Doa yang baik-baik untuk kami selalu

Bagi yang tidak tahu, Fila juga pernah menjalani prosedur membuang tiub fallopio ketika menjalani rawatan IVF berkenaan. Hari ini menjadi detik paling disyukuri bila mana kedua-duanya bakal menjadi ibu bapa tidak lama lagi setelah 5 tahun mendirikan perkahwinan bahagia.

Kami doakan untuk para TTC lain supaya termakbul hajat…Allah beri pada masa sesuai

Ruangan komen Fila dipenuhi dengan dereta doa dan ucapan tahniah daripada netizen. Pasangan ini turut mengucapkan terima kasih dan menzahirkan rasa sebak atas kata-kata positif tentang berita kehamilan tersebut. Perkongsian Fila sudah meraih lebih 300 ribu jumlah tontonan daripada netizen.

KREDIT : IG Fila Amir

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.