Neelofa Kongsi Pesanan PU Riz, Rahsia Rumah Tangga Kekal Harmoni

Pelakon, pengacara dan usahawan, Noor Neelofa mendedahkan rahsia kebahagiaan rumah tangganya bersama suaminya, Haris Ismail atau juga lebih dikenali sebagai PU Riz.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Neelofa atau nama penuhnya Noor Neelofa Mohd Noor di Instagran, dia berkata rahsia kebahagiaan rumah tangganya adalah sentiasa berpegang kepada nasihat suaminya.

Pendedahan tersebut dibuat secara spontan oleh ibu kepada dua cahaya mata itu ketika sesi podcast, setelah pengacara, Natasha Ozeir, menyatakan bahawa ramai wanita berpendapat untuk mengelakkan kecurangan suami, mereka perlu menjadi isteri yang baik, pandai memasak, cantik, dan memiliki tubuh yang langsing.

Namun, Neelofa menolak dakwaan tersebut dengan menegaskan bahawa faktor-faktor itu bukanlah jaminan kebahagiaan dalam perkahwinan. Sebaliknya, saling menghormati antara pasangan adalah kunci utama untuk mencapai hubungan yang harmoni.

“Tapi Haris selalu bagi tahu dalam perkahwinan, bukan mengenai masakan,bentuk tubuh, dan wajah.”

“Tapi penghujungnya adalah rasa hormat. Serta akhlak dan adab you (isteri) kepada I sebagai suami. “

Dalam pada itu, turut membuat kenyataan bahawa siaran podcast berkenaan adalah rakaman yang telah dibuat pada bulan Jun lalu dan tiada kaitan dengan isu semasa.

Sekadar info, Neelofa dan PU Riz mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021. Mereka dikurniakan Muhammad Bilal, 2, dan Abdullah Abbas, 1.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Neelofa (@neelofa)

Sumber: Neelofa

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.