MPV Terjunam Sungai, Pemandu Buka Bonet Namun 2 Pelajar & Anak Tak Sempat Keluar

Minggu lalu, rakyat Malaysia baru sahaja dikejutkan dengan nahas jalan raya melibatkan 4 penuntut UiTM Dungun, Terengganu yang menyebabkan 3 daripada pergi menghadap Ilahi. Terbaru, sebuah insiden yang berlaku di Sarawak juga cukup menghibakan kita semua.

Pemandu buka bonet belakang, namun tak semua berjaya keluar

Pada jam 1.15 petang semalam, pihak bomba telah menerima laporan mengenai sebuah kereta jenis  MPV yang membawa 8 pelajar sekolah agama terjunam masuk ke dalam sungai paya bakau terletak di Kampung Awat-Awat, Lawas. Setelah kejadian berlaku, pemandu berusia lewat 30-an itu berusaha membuka bonet belakang dan 6 daripada 8 pelajar berkenaan sempat menyelamatkan diri.

2 pelajar & anak dikejarkan ke pusat rawatan, namun Allah lebih menyayangi

Malangnya, 3 lagi yang terperangkap termasuklah anaknya yang berusia 5 tahun tidak sempat keluar dari situ. Tiga kanak-kanak itu kemudiannya dikeluarkan oleh orang awam dan dikejarkan ke Klinik Kesihatan Sundar. Pun begitu, mereka telah menghembuskan nafas terakhir ketika sedang menerima rawatan di sana. Seorang lagi pelajar perempuan berusia 9 tahun kini ditempatkan di pusat rawatan di Miri ekoran keadaannya yang sangat serius.

Pemandu sudah ditahan pihak berkuasa

Dalam perkembangan lanjut, pemandu itu sudah ditahan oleh pihak berkuasa untuk proses siasatan atas dakwaan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian. Difahamkan sebelum kejadian berlaku, 8 pelajar berkenaan baru pulang dari sesi persekolahan di Sekolah Kebangsaan Agama Lawas menuju ke Kampung Awat-Awat sebelum MPV itu melencong ke kiri dan hilang kawalan.

 

KREDIT : IG kongsi.viral & Portal Sinar Harian

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.