Komen anak-anak Sabri Yunus tentang Angeline Tan

Ramai yang happy melihat perkahwinan dua pelakon lama iaitu Sabri Yunus dan juga Angeline Tan atau Ardini.

Terkenal dengan sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu, kedua mereka kini bahagia sebagai pasangan suami isteri.

Ramai juga yang mahu tahu apa pandangan anak-anak tentang perkahwinan Sabri Yunus ini.

Akhirnya menerusi satu temubual, pihak media berjaya mendapat komen dari anak-anak.

Anak sulung Sabri iaitu Saidi, 32 tahun berkata, dia dapat melihat, ayahnya kini dah berbeza setelah berkahwin.

Perubahan yang dimaksudkan ialah dia melihat ayahnya lebih gembira dan bertambah semangatnya.

“Syukur sangat, dah 16 tahun, dulu ayah sorang-sorang je, sekarang dia dah ada teman, oleh itu memang berbeza. Sekarang ayah nampak lebih sihat, berseri seri, segak dan lebih bersemangat.” 

“Kami adik beradik memang amat gembira.” 

“Dah kenal auntie sejak Pi Mai Pi Mai, memang rapat sejak kecil, auntie pun ada datang rumah sejak dulu.” 

Sementara itu, anak keduanya, Syamimi, 30 tahun menambah, kesemua adik beradiknya tak terkejut tentang perkahwinan ayah dengan Angeline Tan

“Ayah dan auntie Angeline memang dah kawan lama. Sebenarnya kami tak ada terkejut pun.” 

“Kawan dah lama tapi mereka bertambah rapat sejak adanya perintah kawalan pergerakkan pada tahun 2020.”  

“Sungguhpun ayah tak ada beritahu, kami dah boleh mengagak kerana ayah selalu keluar dengan auntie. Jadi, bila ayah cakap nak kahwin, kami langsung tak terkejut.” 

Anak bongsu Sabri iaitu Syazni, 28 tahun, menambah, mereka dah kenal lama dengan Angeline Tan.

Baginya, Angeline memang seorang wanita yang amat baik, dan seorang yang penyayang.

Adik beradik pun memang dah anggap Angeline macam ibu sebab mengenalinya dari kecil.

“Kami amat tertarik dengan auntie sebabnya dia ni sangat baik, penyayang dan amat bertanggungjawab. Dia sangat caring. Memang dapat lihat dia boleh jaga ayah, dia sangat sayang ayah. Tak nampak fake.” 

Tentang panggilan selepas ayah mereka berkahwin dengan Angeline Tan, sehingga kini mereka masih lagi kekal memanggil dengan nama auntie Angeline.

“Tentang nama panggilan tu, buat masa sekarang kami kekalkan panggil auntie sebab dah terbiasa sejak kecil dulu. Lama kami panggil auntie, rasa kekok pula kalau tiba-tiba tukar panggilan lain.”  

“Tetapi panggilan auntie tak bermakna kami tak anggap dia seperti ibu. Anggapan macam ibu tu, dah ada sejak kami kecil, dia layan kami seperti anaknya sendiri.” 

Itulah kenyataan dari anak-anak Sabri Yunus tentang perkahwinan ayahnya dengan Angeline Tan.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.