Kereta Waja Setia Ikut Dari Sisi, Gadis Berbaju Kurung Merajuk Rela Jalan Kaki

Pertengkaran kecil yang membuatkan wanita merajuk merupakan perkara biasa dalam menjalin perhubungan sama ada ketika zaman bercinta mahupun sudah berkahwin. Secara fitrahnya, perempuan sememangnya mempunyai sikap keanak-anakan terutamanya ketika bersama dengan lelaki yang mereka cintai. Terkadang, cara mereka merajuk pun agak pelik dan tidak terjangka dek akal. Betul atau titak?

Pertama kali tengok wey…Ni merajuk sebab tak dapat emas ke apa?

Bercakap soal merajuk, baru-baru ini tular rakaman menyaksikan seorang gadis berbaju kurung dilihat berjalan tepi jalan raya besar dipercayai kerana sedang merajuk. Tidak pasti apakah punca ia berlaku, namun di sisinya terlihat seorang lelaki yang sedang memandu kereta Waja setia mengikutnya secara perlahan.

Rasanya baru balik jemputan kahwin, baju sepasang…Mungkin ada salah paham

Bahagian cermin kiri tempat duduk penumpang juga dilihat berada dalam keadaan terbuka. Pergerakan kereta yang agak perlahan di bahu jalan turut membuatkan beberapa kenderaan lain mengalami kesesakan seketika. Sejak dikongsikan semalam, rakaman tersebut sudah meraih jutaan tontonan daripada netizen.

Ini kalau biar lama lagi, mau sampai JB akak tu jalan…Benda kalau merajuk, jauh pun rasa dekat

Menjengah ke ruangan komen yang ditinggalkan oleh ribuan netizen, mereka merasa terhibur dengan situasi berkenaan. Ada juga warga maya berkongsikan pengalaman merajuk dalam kereta namun pasangan masing-masing dilihat bijak menenangkan keadaan.

KREDIT : TikTok Fiedha Coway & khaerulmissa

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.