Kuasa viral, warga emas sembur cat biru pada monyet akhirnya sudah ditahan

Tular di media sosial semalam sebuah video yang memaparkan perbuatan seorang individu iaitu seorang lelaki telah menyembur cat jenis aerosol kepada seekor monyet.

Monyet berkenaan yang ketika itu berada di dalam sebuah sangkar besi telah disembur cat aerosol itu pada badan dan muka oleh lelaki berkenaan, lapor Berita Harian.

Tindakan lelaki itu telah menyebabkan haiwan berkenaan meronta-ronta ketika cat itu disembur pada badannya.

Difahamkan, video tersebut dirakam di sebuah kawasan perumahan di Selangor.

- IKLAN -

Video berkenaan telah mencetuskan kemarahan orang ramai terutamanya pencinta haiwan.

Sumber: mStar

Terkini, Sinar Harian melaporkan bahawa lelaki tersebut yang menyembur cat itu kepada monyet berkenaan telah ditahan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara atau Perhilitan.

Superintenden Mohd Hafiz Muhammad Nor iaitu Ketua Polis Daerah Sungai Buloh berkata bahawa sebuah laporan polis juga telah diterima oleh pihak mereka berhubung kejadian itu.

Laporan polis itu dibuat oleh pegawai veterinar daerah Petaling yang melihat video yang tular itu di media sosial.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 86 Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716).

@malaysiagazette

Lelaki Sembur Cat Pada Monyet Telah Ditahan #MGFlash Seorang lelaki yang tular di media sosial kerana melakukan kekejaman terhadap seekor monyet dengan menyembur cat ke arah haiwan itu yang dikurung dalam sangkar, telah ditahan.

♬ original sound – malaysiagazette

Sumber: Berita HarianSinar Harian via Lobak Merah