Tahniah!! Pelakon Qi Razali kini sah bergelar suami. Ini identiti isteri jadi prhatian..

Tanpa sebarang gembar-gembur, pelakon dan pengacara terkenal Qi Razali akhirnya sah bergelar suami kepada wanita pilihannya, Wardah, 29, dalam satu majlis yang cukup indah dan penuh bermakna.

Menurut laporan mStar, berita mengejutkan itu diumumkan oleh Fedtri Yahya menerusi laman X miliknya pada pagi Ahad. Malah, Fedtri turut bertindak sebagai pengacara majlis pernikahan pasangan berkenaan.

Mengacarakan majlis pernikahan Babah

Majlis bertemakan taman dipercayai di Perak

Menerusi beberapa gambar yang dikongsikan, Qi atau nama penuhnya Qushairi Mohammed Razali Wong, 48, kelihatan tampan mengenakan busana pernikahan putih bersama isteri tercinta yang juga tampil anggun sedondon.

Majlis pernikahan itu dikatakan berlangsung di sebuah lokasi terbuka berkonsepkan taman di Gopeng, Perak, dan hanya dihadiri oleh kaum keluarga dan rakan terdekat sahaja.

Wardah, wanita yang menambat hati Qi Razali

Sebelum ini, Qi pernah mengesahkan bahawa dirinya telah bertunang, namun memilih untuk tidak mendedahkan identiti pasangannya kepada umum.

- IKLAN -

Kini segalanya terjawab apabila wajah manis Wardah terpampang di media sosial dan ramai mengucapkan tahniah serta mendoakan kebahagiaan pasangan ini.

Qi Razali kini sah bergelar suami kepada Wardah Mahbob, seorang jurusolek berusia 30 tahun yang bekerja di belakang tabir dalam industri seni. Majlis pernikahan mereka berlangsung secara tertutup pada pagi 25 Mei 2025 di Bagas Zakariah, Gopeng, Perak, dengan kehadiran kira-kira 150 tetamu jemputan . Qi menyerahkan mas kahwin berjumlah RM101.00 kepada pasangannya, manakala jumlah hantaran dirahsiakan.

Sebelum ini, Qi pernah menyatakan bahawa bakal isterinya bekerja dalam industri seni tetapi bukan di hadapan kamera . Beliau juga menyatakan bahawa mereka telah berkenalan sejak setahun lalu dan telah merisik serta bertunang pada Hari Raya Aidilfitri sebelumnya.

Majlis pernikahan mereka dikendalikan oleh pengacara Fedtri Yahya, yang turut berkongsi beberapa foto sekitar majlis tersebut di platform X.

Kredit: mStar via OhMedia

- IKLAN -