Lepas 10jam disiasat.. Remaja 13 thn dibebaskan.. Rupanya sebenar ini punca dibebaskan..

Remaja lelaki yang ditahan reman semalam susulan tindakannya mengacu pisau di dada kiri pemandu kenderaan e-hailing di tepi jalan Taman Keladi, dibebaskan dengan jaminan polis.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan pihaknya akan merujuk kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya dahulu sebelum tindakan lanjut diambil.

Media semalam melaporkan, seorang remaja lelaki berusia 13 tahun ditahan polis kerana mengacu pisau terhadap pemandu berusia 65 tahun hanya kerana tidak berpuas hati dimaki ketika mengambil semula wang tambang.

Bagaimanapun, pemandu e-hailing terbabit sempat merampas pisau serta menggigit tangan remaja berkenaan untuk mempertahankan diri sebelum suspek melarikan diri.

Remaja itu kemudian ditahan polis pada jam 10 malam iaitu selepas dua jam warga emas itu membuat laporan polis dan suspek direman satu hari untuk membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan.

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.