“Itu terakhir, sy sudah puas..” 15 tahun bertahan , Hairul umum berita Sedih untuk semua..
Hairul Azreen saya nak mengumumkan yang saya berhenti berlakon for good,” maklum aktor Hairul Azreen yang mengumumkan dia bakal bersara daripada dunia lakonan ketika menjadi jemputan ke segmen 3 Pagi Era, pagi tadi.
Kata Hairul filem Malbatt: Misi Bakara yang bakal diayangkan pada 24 Ogos ini adalah kemunculannya yang terakhir sebagai pelakon.
Keputusan itu dibuat selepas merasakan dia sudah puas berada di dalam industri lebih 15 tahun.
“Sebab saya dah buat semua benda saya dan dah jadi seorang pelakon stunt, pelakon filem. Kemudian saya doa nak jadi hero filem dan Allah makbulkan pula sekarang saya jadi action hero filem dalam Malbatt. Malah filem-filem saya seperti paskal membuatkn 40 persen orang jadi tentera.
“Dan insya-Allah, Malbatt filem yang terkahir saya sebagai pelakon dan tentera,” katanya.
Pengumuman itu telah mengejutkan semua penyampai 3 Pagi Era termasuk Azad dan Linda Onn yang berkali-kali bertanyakan keputusan yang dibuat.
Kata Hairul, ia keputusan muktamad dan dia bangga kerana Filem Malbatt: Misi Bakara dalah filem yang terakhir lakonannya
“Ini betul, sebab Allah dah bagi saya macam- macam melainkan saya menajdi manusia yang tak bersyukur.
“Saya dah buat belakang tabir, jadi stunt man, pelakon extra, investor filem, pengarah, produser semua benda saya dah lalui.
“Perjuangan saya biarlah saya akhir dengan filem yang membanggakan saya iaitu Malbatt,” ujarnya.
Tambah Hairul, tiba masanya untuk dia focus pada keluarga dan anak-anak yang sedang membesar.
“Saya akan aktif di media sosial,c uma berlakon tidak lagi kerana saya tidak mahu sia-siakan msa bersama ibu bapa saya serta anak-anak.
“Bayangkan bila saya berlakon saya akan focus dengan satu watak serta buat badan selama enam bulan. Sehinggakan anak-anak mebesar dengan cepat tanpa saya sedari dan saya tidak dapat bersama mereka ketika proses itu.
“Jadi saya dan Hanis selepas ini akan focus pada perniagaan pula,” katanya.
Malbatt: Misi Bakara bakal menjengah panggung pada 24 Ogos ini dengan menampilkan barisan pelakon seperti Adlin Aman Ramlie, Fauzi Nawawi, Bront Palarae, Zahiril Adzim, Hairul Azreen, Iedil Dzuhrie, Syazwan Zulkifly, Shaheizy Sam, Nafiez Zaidi, Dafi Ismail Sabri, Taufiq Hanafi, Ikhram Juhari, Safwan Nazri, Gambit Saifullah dan Theebaan G.
Difilemkan berdasarkan kejadian dan fakta sebenar pertempuran dua hari pada 3 Oktober 1993 di Pasar Bakara, Mogadishu, Somalia, yang tidak begitu diketahui orang ramai.
Seramai 114 anggota 19 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Mekanis dari Batalion Malaysia (Malbatt) 1 terbabit dalam misi pengaman di Somalia pada 1992 hingga 1995.
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.